Followers

Sunday, October 11, 2015

BERKERJALAH ( wawasan 2020 hanya mimpi ngeri)

Nurliyana Abdullah's photo.

PERUT tidak pernah berkata " tidak" ia berkerja siang dan malam dan sama sekali tidak pernah mohon cuti tiap waktu sesuai dengan keadaan ia perlukan makanan.

Kerana itu samalah macam kita, semua orang perlu berkerja untuk dapatkan upah selesaikan keperluan dan sesudah itu barulah namanya kehidupan yang sebahagian terisikan.

dalam keadaan sekarang ini kesan kepimpinan yang korup banyak syarikat jadi susah lingkup termasuk agensi kerajaan seperti MAS yang berhentikan 6000 pekerja dan demikian juga syarikat2 lain luar negara yang melabur dalam negara.

Tidak boleh tidak menyebabkan ramai rakyat Malaysia hilang pekerjaan dan kesannya ramai jadi penganggur dan ini tanda2 sesuatu yang kurang baik buat pertumbuhan ekonomi negara bangsa.

Ini jelas pemimpin kerajaan Malaysia kurang bijak mengatasi segala masalah dan alasan kesan ekonomi luar negara menjunam jatuh tentu saja tidak masuk akal kerana kasus yang terjadi dalam negara sendiri seperti korupsi, 1MDB dan hutang negara yang membengkak mencapai 900 bilion antara penyumbang masalah dalam negara.

Setiap rakyat Malaysia tentu saja harus punya perkerjaan dan tidak boleh bersunyi diam di rumah, apa lagi keadaan barangan keperluan begitu mahal ditambah dengan GST dan ringgit merundum makna rakyat semacam dikenakan cukai berganda dan ini memang amat membebankan.

Ketika punya pekerjaan, pun hidup susah kesan kos sarahidup mahal, apa lagi ketika menganggur tidak punya pekerjaan dan ini juga antara penyumbang ramai rakyat Malaysia jadi STRESS dan gila kesannya.

Memang rakyat Malaysia di bawah pimpinan Najib banyak sangat hidupnya tertekan, apa lagi bila keadaan keliling kita lihat ramai yang tidak kita kenal seolah berada dalam negeri sendiri seperti di negara asing kala bahasa yang mereka ucapkan ada langsung kita tak kenal seperti di kota batu di negera lain.

Tidak boleh tidak setiap rakyat yang cukup usia dan punya tanggungjawab harus punya pekerjaan dan tidak selayaknya diam di rumah menunggu rezeki dari Tuhan tetapi zaman sekarang agak lain pula isteri berkerja, suami pula bersenang2 di rumah dan kekadang memerintah pula main kayu tiga serta ada yang jual temberang guna ninja isteri bergaya lagak orang kaya. rasain lo!.

Memang sesuatu yang menyedihkan bila memerhatikan keadaan ini agak terbalik dan apakah ini yang dinamakan akhir zaman.

Syukurlah saya dijadikan seorang wanita, kalau misalnya suatu hari tidak punya pekerjaan maka suami bakal bertanggungjawab sebalik kalau saya ini lelaki maka malanglah buat saya kiranya hidup tahun 2020 tanpa sebarang pekejaan yang akhirnya di tahun itu rumah sakit gila harus ditambah kesan tekanan hidup yang berat.

kelihatannya visi 2020 untuk 70 juta umat dan Malaysia makmur hanyalah anganan yang sia2 dirosakkan oleh kepimpian Najib yang mengajak kita ke belakang dengan beban sarat hutang negara yang menghimpit dan menyepit.


NURLIYANA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.