Followers

Sunday, October 11, 2015

Lelaki Serang Kereta Guna Helmet di Air Itam : Suspek Telah Dikenalpasti Posted by Kita Bantai


Serang Kereta Guna Helmet


GEORGE TOWN: Seorang agen isuran berusia 46 tahun terkejut apabila dia diserang oleh seorang penunggang motosikal yang menggunakan helmet.

Difahamkan, agen ansuran itu sedang memandu bersama isterinya ke sekolah untuk mengambil anaknya.


Satu video kejadian yang berdurasi 1 minit 26 saat dimuat naik online dan menjadi viral. Video tersebut memaparkan aksi penunggang motosikal terbabit mencabut helmetnya dari kepada dan berlari kearah kereta dalam keadaan agresif.

Melihat tindakan penunggang motosikal terbabit, agen insuran itu memecut keretanya dan melanggar penunggang motosikal tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata insiden berlaku kira-kira jam 3 petang pada Khamis.

"Kereta tersebut membelok dari Jalan Air Itam untuk membuat pusingan U ke Jalan Datuk Keramat dimana tiba-tiba penunggang motosikal terbabit mengetuk tingkap kereta di bahagian penumpang.





"Penunggang motosikal itu cuba memukul kereta itu sekali lagi tetapi pemandu kereta itu mengelak dan memperlahankan kereta.

"Penunggang motosikal itu kemudiannya pergi ke depan dan memberhentikan motosikal di tepi jalan

"Apabila kereta terbabit menghampiri penunggang motoskal itu, dia(penunggang motosikal) mencabut helmetnya  dan berlari ke arah kereta dalam keadaan memprovokasi dan ingin menyerang", kata ACP Mior.

"Kereta itu kemudian melanggar penunggang motosikal itu yang kemudian terjatuh ke atas jalan raya

"Agen terbabit kemudian terus memandu keretanya, tanpa berhenti, ke balai polis untuk membuat laporan", kata ACP Mior memetik laporan The Star Online.

"Suspek telah dikenalpasti", tambah beliau.

ACP Mior berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Saya tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai niat untuk merompak pasangan itu", tambahnya lagi .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.