Followers

Friday, August 21, 2015

Potensi hubungan bank Switzerland-1MDB diteliti



Pengawal selia kewangan Switzerland Finma sedang memeriksa beberapa bank negara itu sama ada mereka mempunyai urusan perniagaan dengan 1MDB, menurut jurucakapnya di Zurich semalam.

Siasatan Bank Negara berkaitan 1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sudah diselesaikan awal bulan ini.

Syarikat itu sedang bergelut sekitar kontroversi sekitar hutang besar lebih RM40 bilion itu.

Media antarabangsa The Wall Street Journal pada Julai melaporkan bahawa penyiasat meneliti jejak hampir AS$700 juta yang dipindahkan daripada akaun Falcon Private Bank di Singapura ke akaun-akaun di Malaysia yang mereka percaya milik Najib.

Falcon berpangkalan di Switzerland.

Falcon sebelum ini berkata sentiasa berhubung dengan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dan akan bersikap telus sepenuhnya.

“Finma berhubung dengan beberapa bank berhubung perkara ini,” lapor jurucakapnya.

“Dalam rangka peranan penyeliaan kami, kami sedang mengesahkan sama ada dan ke tahap mana bank-bank ini terlibat dan bagaimana undang-undang dan peraturan Switzerland dilaksanakan.”

Pengawal selia itu enggan mengulas kegiatan kawal selianya atau nama individu yang dijejakinya, menurut jurucakap lagi.

Awal tahun ini, MAS juga berkata sentiasa berkata sentiasa berhubung dengan pengawal selia Malaysia selepas kerajaan Malaysia menjelaskan 1MDB sudah menebus AS$1.1 daripada Kepulauan Cayman dan meletakkannya sebagai “unit” di bank peribadi Switzerland BSI.

Wakil-wakil Falcon dan BSI tidak dapat memberikan reaksi segera berhubung kenyataan jurucakap Finma itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.