Lebih ramai ADUN, MP dijangka tinggalkan Pas – Mustafa Ali
Mustafa Ali,pas
PETALING JAYA: Lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli
Parlimen Pas dijangka akan keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya Pas,
Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan ramai ahli parti menyatakan
hasrat dan menunjukkan minat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
“Ada lagi ADUN dan Ahli Parlimen Pas akan keluar. Kita pun sudah jangka
apabila mereka (ahli Pas) mahu menyertai NGO itu.
“Kita tunggu sajalah sekiranya mereka isytihar untuk keluar ataupun
mereka menunggu untuk terkeluar secara automatik apabila masuk parti
lain, ” katanya ketika dihubungi FMT.
Mengulas pengumuman Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud
keluar Pas, Mustafa berkata, Pas menghormati keputusan itu
“Itu hak dia dan kita tidak boleh menghalangnya daripada menyertai parti
yang diminatinya. Kita guna hak demokrasi dan dia boleh pilih parti
mana nak masuk, mana nak keluar.
“Apa yang saya boleh maklumkan kita akan isi kekosongan yang
ditinggalkannya itu,” katanya.
Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.