SAYA BERSAMA PEGUAM TELAH HANTAR BAHAN BUKTI KES SKANDAL 1MDB KE PEJABAT PEGUAM NEGARA SWITZERLAND DI BERN.
Saya akan serahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan 'swiss
financial regulator finma' untuk buat siasatan secara komprehensif
terhadap semua salahlaku penyelewengan kes skandal 1MDB yang membabitkan
swiss bank serta beberapa bank antarabangsa.
Kunjangan saya ke pejabat peguam negara switzerland di bern telah ditemani oleh peguam saya Matthias Chang.
Kami telah menyerahkan segala bahan bukti dan kronologi kes skandal
1MDB kepada peguam negara switzerland yang beribu pejabat di Bern pada
hari selasa (18 ogos 2015) jam 2:30 petang waktu tempatan.
Salahlaku dalam kes skandal 1MDB ini mesti dilawan secara habis-habisan demi untuk menyelamatkan dana kerajaan mahupun wang rakyat di tanahair kita dari sebarang unsur penyelewangan!!
Saya bersama peguam iaitu Matthias Chang berikrar untuk menangani kes skandal 1MDB serta menyerahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan kewangan antarabangsa bagi membantu menyiasat penyelewengan ini secara telus, adil, saksama serta komprehensif.
Masakini, saya amat kecewa
dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dan kewangan di negara kita
yang nampak secara ketara tidak menyiasat kes ini secara professional
dan telus!!
Lain yang saya laporkan kepada pihak polis diraja malaysia (PDRM) dan Bank Negara (BNM) tetapi malangnya lain yang disiasat!!
Sebagai contohnya pihak PDRM asyik sibuk nak siasat justo dan clare brown (editor sarawak report) tetapi penyangak Jho low tidak pernah disiasat pun dan masih bebas sehingga kini!!
Beberapa laporan polis telah dibuat keatas penyangak jho low tetapi sehingga kini masih tiada kelihatan sebarang daya-usaha untuk memanggil seterusnya menyiasat pembabitannya dengan urus niaga 1MDB!! Mengapa??!!
Secara rasminya saya turut membuat laporan kepada SPRM, BNM serta Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengenai penyangak jho low ini!! Apa istimewanya dengan penyangak jho low ini yang masih tidak disentuh oleh pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita??!!
Secara jujurnya saya sudah mula hilang kepercayaan dan tidak yakin dengan pihak penguatkuasaan undang-undang di tanahair kita masakini!!
Sepatutnya penjawat awam dan penguatkuasa undang-undang di negara kita harus memikul tanggungjawab mereka secara teramanah yang mungkin!!
Mereka harus takut pada Allah swt bukan takut sesama manusia!! Kalangan ini juga jangan lupa bahawa mereka bakal disoal di Padang Mashar di hari akhirat kelak!!
Bertindaklah selaras dengan ajaran agama Islam tanpa takut walaupun sebesar zarah terhadap manusia sesama manusia khususnya kalangan puak yang mungkar serta korup!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.