Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, peserta himpunan
kini akan bermalam atas jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, peserta himpunan kini akan bermalam atas jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Selepas permintaan berhimpun di Padang Merbok dan Dataran Merdeka ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penganjur Bersih 4 kini mengubah strategi mereka dan mengumumkan peserta himpunan akan bermalam atas jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata pihaknya kini menarik semula gesaan membawa khemah yang sebelum ini dianjurkan kepada peserta himpunan selama 34 jam itu pada 29 dan 30 Ogos ini.
"Kami sekarang menggesa peserta membawa beg tidur, selimut dan payung di samping makanan dan minuman.
"Oleh kerana Dataran Merdeka dan Padang Merbok tiba-tiba tidak boleh digunakan, peserta sekarang terpaksa bermalam atas jalan raya di Kuala Lumpur.
"Kami menyeru DBKL agar menerima keputusan ini," katanya dalam kenyataan.
Maria berkata, penganjur juga akan melayan permintaan DBKL yang mahu mereka menyediakan sendiri satu tong sampah besar bagi mengumpul sampah daripada himpunan itu.
"Bersih 2.0 menggesa peserta menyimpan sebarang sampah yang mungkin terhasil seperti botol minuman dan pembalut makanan dengan mereka, sehingga ia boleh ditempatkan di tempat mengumpul sampah.
"Bersih 2.0 juga akan melayani permintaan DBKL supaya kami menghubungi Alam Flora bagi menempatkan tong sampah besar tambahan," katanya.
Maria turut menyambut baik kenyataan DBKL yang mereka akan memastikan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa tempatan itu akan beroperasi sepenuhnya pada hari itu.
Katanya, penganjur berjanji akan memastikan himpunan berlangsung dengan aman dan tiada sebarang pencerobohan halangan akan berlaku.
"Kami gembira DBKL berkata kamera CCTV akan beroperasi penuh dan menyeru DBKL agar menyiarkan sepenuhnya rakaman itu nanti kepada orang awam dan bukan menyiarkan bahagian tertentu saja," katanya.
Himpunan Bersih 4 akan diadakan serentak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah serta bandar utama di seluruh dunia.
Acara di Dataran Merdeka akan berlangsung selama 34 jam dalam menuntut pembaharuan seperti pilihan raya bersih, sebuah kerajaan yang bebas rasuah, hak untuk membantah, mengukuhkan demokrasi Parlimen dan menyelamatkan ekonomi. – 20 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.