Followers

Thursday, April 30, 2015

Isu 1MDB, Dr M pula mahu jumpa ahli Umno

 
 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mahu bertemu dengan akar umbi Umno untuk menerangkan kepada mereka mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sepertimana perjumpaan mereka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"... untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil kita perlu dengar kedua-dua belah pihak," tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc pagi ini.

Dr Mahathir berharap beliau diberi peluang berjumpa dengan ahli Umno biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbilion ringgit.

"Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya," katanya.

Mahathir mengakui bahawa beberapa ahli-ahli Umno telah meminta beliau berhenti menyerang Najib dan berkata beliau berterima kasih atas nasihat mereka itu.

"Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin.

"Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah.

"Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.