Followers

Thursday, April 30, 2015

Dr M: Biar saya pula jumpa akar umbi Umno

 
 
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap diberi peluang bertemu dengan akar umbi Umno untuk menerangkan isu hutang firma pelaburan 1MDB yang menjadi modal serangannya kepada Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, peluang yang adil perlu diberikan kepadanya untuk menjelaskan mengapa beliau terus menyerang perdana menteri sekali gus membolehkan akar umbi menilai sama ada beliau merosakkan parti ataupun tidak.

"Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya 'menyerang' Datuk Seri Najib.

"Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli Umno tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan Umno, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang dua pertiga tiap PRU (pilihan raya umum).

"Lepas mendengar kedua-dua pihak adillah terhadap 'serangan' saya. Apakah saya sedang merosakkan parti atau cuba menyelamatkannya," kata negarawan itu dalam blognya hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.