Followers

Friday, September 30, 2011

"Kerajaan tolak cadangan biaya parti politik" kata bekas Pengerusi SPR - tulisan: Aidila Razak

 Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, kerajaan telah menolak cadangan pembaharuan untuk membolehkan parti politik mendapat pembiayaan daripada negara.

Abdul Rashid berkata, cadangan berkenaan ditolak kerana ada pihak yang akan menubuhkan parti semata-mata untuk mendapatkan dana berkenaan.

Katanya, beliau sendiri telah membangkitkan cadangan berkenaan kepada kerajaan pada satu masa dahulu, namun beliau kemudiannya hanya diminta supaya memfokuskan untuk memperbaiki undang-undang pilihan raya dan menjalankan pemilihan sebaik yang boleh.

"Hujah (kerajaan) mudah sahaja, bahawa negara mungkin melihat percambahan parti-parti politik. Negara akan dipenuhi parti politi, kata mereka, untuk mengambil kesempatan ke atas geran tersebut," katanya dalam satu forum anjuran Majlis Peguam pada malam semalam.

Beliau juga telah mencadangkan supaya kerajaan menyediakan geran atau subsidi dalam skala kecil untuk parti politik, katanya lagi di majlis yang diadakan di kampus Universiti Sunway, Petaling Jaya itu.

Jelasnya, cadangan itu dikemukakannya bagi membolehkan parti yang kecil dapat terus aktif.

Tambahnya, seperti juga negara lain, parti kerajaan lebih mudah mendapatkan dana dan dengan itu mampu menstabilkan kedudukan mereka berbanding parti atau kumpulan dalam kem pembangkang.

Abdul Rashid juga berkata, beliau percaya negara seperti Thailand dan Indonesia "lebih demokratik" kerana suruhajaya pilihan raya di negara itu lebih berkuasa.

"SPR di sana boleh memberhentikan pilihan raya separuh jalan bila mengesyaki berlakunya perbuatan rasuah.

"Di sini, apa yang (SPR) boleh buat ialah menasihatkan orang ramai bahawa sekiranya mereka ada aduan (rasuah), simpan dahulu, dan selepas pilihan raya, bahawa aduan itu ke mahkamah," katanya.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.