Followers

Friday, September 30, 2011

BUKAN ISLAM PERLU TAKUT KEPADA KEZALIMAN UMNO, BUKAN HUDUD

Kuala Lumpur, 30hb Sep 2011. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi bin Hj. Salleh menegaskan bahawa warga Malaysia yang bukan beragama Islam hanya perlu takut kepada kezaliman yang dilakukan oleh Umno ke atas mereka dan statistik kadar jenayah sepanjang 54 tahun negara kita merdeka.

Menurut beliau lagi orang bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang kepada hukum Hudud kerana ianya hanya terbatas perlaksanaannya ke atas umat Islam sahaja dan tidak melibatkan orang-orang bukan Islam. Namun orang bukan Islam diberikan pilihan untuk memilih undang-undang hudud sekiranya itu adalah pilihan mereka.

“Non Muslim tak perlu gusar dengan hukum hudud, yang perlu mereka bimbang dan takut ialah kezaliman Umno-BN yang telah dilakukan sepanjang 54 tahun kita merdeka, kezaliman Umno sudah pun terbukti dan diketahui umum, namun hudud pasti akan menjamin keadilan” kata beliau.

“kalau kita lihat kadar jenayah yang  berlaku di negara kita, ianya amat menggerunkan sekali, ini adalah sangat tidak baik untuk keselamatan rakyat Malaysia dan akan memberikan ancaman kepada perkembangan ekonomi negara, hudud pasti akan menjamin perkara seperti ini dapat diselesaikan”sambung beliau.

“Bukan Islam juga perlu tahu bahawa mereka tidak tertakluk kepada Undang-undang Hudud ini, namun kita tidak menyekat permintaan mereka sekiranya mereka meminta supaya diadili dengan hukum hudud, kita tahu ramai bukan Islam juga turut menyokong perlaksanaan hukum hudud ”tambah beliau lagi.

“Kita juga turut meminta agar mana-mana pihak yang bukan Islam agar tidak campur tangan dalam urusan berkaitan dengan Islam yang telah terjamin keistimewaannya dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara” ujar beliau lagi.(harakahdaily)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.