Followers

Wednesday, May 18, 2011

TERKINI!! PARTI "KESAYANGAN" ZAMBRY HILANG AYAM SABUNG!! KAH KAH KAH...

TERKINI!!.......Muraalie lepas Jawatan Ketua Pemuda MIC Perak

Ketua Pemuda MIC Perak, K Muraalie melepaskan jawatan yang disandangnya sejak September 2009 berkuat kuasa serta merta bagi membolehkan dia memberi laluan kepada calon yang lebih layak.

Katanya, beliau akan menghantar surat perletakan jawatannya kepada Presiden MIC, G Palanivel pada Khamis ini (esok).

"Selepas perjumpaan dengan Pengerusi MIC Perak, S Veerasingam dan Ketua pemuda MIC pusat, T Mohan pada Sabtu lepas, saya memilih untuk melepaskan jawatan ini.

Bagaimanapun saya akan menjaga nama baik parti dan memberi sokongan kepada ketua pemuda negeri yang baru," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Baru-baru ini, 18 ketua pemuda MIC bahagian di Perak menghantar memorandum kepada Veerasingam dan Mohan bagi "melaporkan" sesuatu dan meminta agar Muraalie diganti.

Muraalie berkata beliau bagaimanapun tidak akan melepaskan jawatannya sebagai ketua pemuda MIC Bahagian Pasir Salak dan anggota exco pemuda MIC pusat.

Veerasingam ketika dihubungi berkata tindakan yang dilakukan oleh Muraalie itu bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih baik dalam parti.

(Kata aku - KAH KAH KAH... KAH KAH KAH...)

Dicatat Oleh Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.