Followers

Wednesday, May 18, 2011

Golongan yang sara anak bini dengan fitnah dan video lucah - Oleh: Enggang Qadha

Blog-blog atau laman sosial pro kerajaan tua BN nampaknya sedang menguasai medan maya sekarang. Dalam era reformasi pasca 1998, medan maya dikuasai oleh golongan pro pembangkang sehinggalah berlaku Tsunami politik pada Mac 2008.

BN yang menguasai semua media arus perdana menyedari bahawa media kedua menjadi sangat penting di alaf ini. Aktivis penyebar maklumat medan maya umumnya adalah pekerja sukarela. Mereka tiada majikan dan tidak terikat dengan sesiapa dalam menyerlahkan persepsi dan versi masing-masing.

BN menyedari mereka tidak berupaya menguasai media kedua atau media maya melalui tenaga sukarela. Mana ada individu nak buat kerja untuk BN secara sukarela. Maka mereka pun membeli pakar propaganda maya dengan bayaran yang mahal.

Khabarnya setiap laman maya dibayar kos penyelenggaraan sebanyak RM50,000.00 sekali bayar dan elaun tetap bulanan sebanyak RM3,000.00. Untuk mendapatkan ganjaran tersebut blogger atau pengendali laman maya itu perlu mendaftarkan diri dengan mereka, mendapat pengiktirafan dari UMNO negeri, perlu mengikuti kursus khas yang dikendalikan pakar bidang propaganda yang mendapat latihan dari APCO.

Antara yang ditekankan dalam kursus ialah serangan peribadi terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim dan membakar sentiment Melayu dengan manipulate isu kononnya PAS akan hilang kuasa jika PR memerintah kerana ancaman DAP dan PKR. Mana-mana laman maya yang tidak mengutamakan isu tersebut akan diketepikan dari menerima ganjaran.

Ganjaran RM50,000.00 kos penyelenggaraan turut menetapkan syarat jumlah kunjungan pembaca atau hits yang diterima mesti melepasi tahap tertentu yang ditetapkan.

Ganjaran boleh meningkat jika hits yang dibuat adalah luar biasa. Untuk mencapai target tersebut, pengendali medan maya akan menggunakan cara mudah sekarang ini iaitu menyiarkan klip video lucah ‘Anwar’, maka laman tersebut bukan setakat diakses oleh peminat isu semasa tetapi juga peminat bahan porno yang langsung tidak ambil peduli mengenai politik.

Laman-laman tersebut diberi keistimewaan oleh pihak berkuasa, sekalipun mengedar bahan lucah tetapi tidak akan diambil sebarang tindakan.

Bayangkan, duit sara hidup yang diterima oleh pengendali laman maya pro BN itu adalah duit haram hasil fitnah, adu domba dan menyebar bahan lucah; duit itulah juga mereka menyara keluarga, maka apakah jenis generasi yang mereka hasilkan nanti, yang dibesarkan melalui duit haram.

Beberapa pengendali media maya BN yang enggan bersubahat telah berhenti dan bertaubat, namun ramai lagi yang berterusan dalam noda dan dosa memfitnah serta memanjangkan promosi maksiat melalui video lucah.

Wallahu’aklam, begitulah adanya.


http://kedahla.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.