Followers

Wednesday, December 30, 2009

Kerajaan Negeri Selangor Agih 40 Ribu Beg Sekolah

Sempena sesi persekolahan akan datang, Kerajaan Negeri memberikan 40,000 beg sekolah percuma kepada setiap Dewan Undangan Negeri untuk diedarkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jeyakumar berkata setiap Dun mendapat 700 beg sekolah, yang akan diagihkan kepada penduduk setempat oleh wakil rakyat masing-masing.

"Pemberian ini adalah satu cara kerajaan negeri meringankan beban rakyat terutamanya di musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi",katanya.


Dr Xavier berkata pendidikan adalah jaminan masa depan anak-anak Selangor, dan demikian itu kerajaan negeri bertanggungjawab meringankan beban ibu-bapa di kala kemelut ekonomi hari ini.


Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM600,000 untuk program bantuan persekolahan ini.


Tahun lalu, kerajaan negeri mengagihkan bantuan 700 kasut sekolah
ke setiap Dun.


sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.