Followers

Wednesday, December 30, 2009

Demo Tuntut PAS Keluar Pakatan, Satu Lagi Siri Fitnah Ke Atas PAS

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan mendakwa adanya unsur fitnah dalam usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan mengunakan nama parti itu.

Beliau berkata demikian kepada Tv Selangor ketika mengulas mengenai laporan polis yang difailkan oleh sayap parti itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.
Aduan polis itu dibuat terhadap kira-kira 20 peserta demonstrasi yang menyamar sebagai ahli PAS dan menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GKPPPS).

“ Kita melihat apa yang dinyatakan ataupun kandungan dalam memorandum atau apa yang mereka ingin sampaikan yang mengatakan PAS tidak berperanan adalah cubaan fitnah dan bertujuan mahu melaga-lagakan Pakatan Rakyat di negeri Selangor” ujarnya kepada TV Selangor.


Dalam kejadian Ahad lalu, sekumpulan yang mendakwa mereka sebagai penyokong Pas dari Gombak dan seluruh Selangor berdemo di hadapan ibu pejabat Pas Selangor. Geng Pro-pemisah ini bersenjatakan sepanduk dan gerombolan muda belia Kelantan itu turut menuntut Pas menceraikan perikatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Menurut Hasbullah, beliau percaya ini satu lagi siri cubaan untuk mengkucar-kacirkan kerajaan negeri
Selangor dan PAS dijadikan alat bagi tujuan itu.


“ Cubaan pihak-pihak tertentu untuk mengambil kesempatan untuk cuba mencuit salah satu parti atau parti komponen yang ada di dalam Pakatan Rakyat. Dan kita lihat mengapa PAS jadi sasaran, ia melihat apa yang berlaku sekarang ini, ia cuba menyalahkan salah satu parti yang ada yang ada dalam Pakatan Rakyat”.


Ujarnya lagi, tidak ada sebab mengapa demonstrasi seumpama itu harus berlaku di kalangan ahli PAS kerana mereka tahu sejauh mana komitednya
PAS bersama Pakatan Rakyat.
“ PAS menjadi sasaran ini sebab mungkin
kerana salah satunya mereka melihat dengan suasana yang ada sebelum ini, dan suasana yang ada dalam politik Selangor, yang mungkin mereka lihat PAS sebagai dilabelkan tidak menghormati Pakatan Rakyat tetapi kita secara dasar dan secara konsistennya, memang kita komited dengan Pakatan Rakyat” tambah beliau lagi.
Mengulas mengenai jurucakap GKPPPS, Wan Hilman Wan


Abdul Rahim yang sah bukannya ahli PAS Gombak seperti yang didakwa oleh individu terbabit, Dewan Pemuda PAS Selangor menggesa pihak polis segera menjalankan siasatan terhadap geng pro-pemisah itu kerana kelakuan yang seumpama ini nyata mencemarkan kredibiliti parti.



“ Perkara ini kita lihat ada perancangan dan ada plotnya. Sebab itulah kita di pihak Dewan Pemuda PAS akan sentiasa peka dengan perkara ini terutamanya dengan usaha-usaha pihak tertentu yang menyamar menjadi ahli PAS, yang menyamar sebagai ahli parti dan yang cuba merosakkan imej parti”.



sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.