Followers

Saturday, January 2, 2016

Anak Nik Aziz Sertai Amanah



Nama Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) pada majlis makan malam Amanah Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.
Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diisytiharkan pada satu majlis malam ini sebagai salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan diumumkan menyertai parti serpihan PAS itu pada majlis makan malam Amanah negeri itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Sebelum ini wujud desas-desus mengatakan Nik Omar akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

GHB yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan kemudiannya membentuk Amanah yang dilancarkan secara rasmi pada hujung Ogos lalu.

Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya.

Ekoran itu, mereka terpaksa menambah meja dan kerusi bagi menampung jumlah kehadiran yang besar itu sehingga mengganggu persiapan makanan untuk mereka yang hadir.

Antara tetamu majlis makan malam itu ialah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

"Kedatangan yang tidak dijangka pihak penganjur ini membayangkan sokongan khasnya orang Melayu kepada Amanah di Kelantan," kata seorang pemerhati politik yang turut menyertai majlis itu bagi melihat sendiri sambutan yang diterima parti pimpinan Mohamad Sabu itu.

"Mat Sabu yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah sudah tentu gembira dengan sambutan ini," katanya kepada The Malaysia Insider sambil mendengar alunan dikir barat yang dipersembahkan pendikir dari Kelantan.

"Saya mohon maaf atas segala kekurangan majlis malam ini," kata Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyedari masalah yang dihadapi ekoran kedatangan di luar jangkaan itu.

sumber...TMi

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

ULAMA PAS PERLU MUSABAHAH !!!!

Abu As Siddiq's photo.
PAS BUKAN AGAMA BUKAN JUGA JEMAAH ISLAM SATU SATU NYA DI MALAYSIA

~~AHMAD MASLAN PUN BOLEH JADI PERDANA MENTERI...KATA ANINA...Walaweeyy....!!!~~

1MDB IBARAT BOM JANGKA BAKAL MEMUSNAHKAN EKONOMI NEGARA...!!!
Guruyaya OK Papazi's photo.

Bekas Ahli Umno Langkawi Anina Saadudin berkata syarikat pelaburan negara itu hanya menjual aset dalam usaha untuk mengurangkan hutangnya.

"Apa yang beliau (Najib) lakukan sekarang hanya mengatakan apa yang mereka ada dan tidak apa yang mereka usahakan. Mereka hanya menjual apa sahaja yang negara ini telah dibina setakat ini," katanya kepada Malaysiakini.
"Malah Ahmad Maslan boleh jadi perdana menteri jika anda hanya menjual tabung negara untuk membetulkan ekonomi negara," kata Anina, yang menjadi terkenal selepas menyaman Najib berhubung isu derma RM2.6 bilion.
LikeComment

Siapa Sebenarnya "BARUA" AMERIKA?

Apa benda yg mbuatkan dia lbh yakin tu..?

Rafizi Ramli's photo.

Kita ucapkan selamat tinggal 2015 dengan menghayati semangat ‪#‎yakinboleh‬ ‪#‎overconfident‬ Najib Razak bahawa Umno akan tetap menang dalam PRU14 seperti ucapannya baru-baru ini. 

Beliau agaknya yakin akan terus ada sebahagian rakyat Malaysia yang boleh dibodohkan. 

Jadi salah satu azam baru kita sepatutnya ‪#‎akutidakakandibodohkan‬ lagi. 

Terima kasih sahabat semua!
Yg sebenarnya dia paham ke apa yg dia ckp tu? Klu Nk membodek pn jgn la smpai membanggang kn diri sndri. Statement dr masalan ni smua nya banggang belaka, berpikir level budak tadika pnya bodek.

 
Home » Berita » Foto » Info Ilmiah » Isu Semasa » Parah » Pelik » Peringatan » Seksi » Semasa » Status » Dato Sri Najib Merupakan satu-satunya Perdana…
shar.es

Zar Ali Kenapa lah kamu dilahirkan sebagai orang paling bodoh - Pak Lah juga pernah menurunkan harga minyak sebanyak 0.40 sen seliter. Najib hanya turunkan 0.10 sen sahaja, siapa lebih hebat membantu rakyat....jangan bodek lebih2 sangat....lagipun duit 2.6 Billion tu dah habis, sudah2 lah membodek tu, tak dapat habuan lagi, cukup lah sekali sahaja.

Apa hubungan Zuhdi, PAS dan Umno? – Muammar Qaddafi





.


Apabila Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Zuhdi Marzuki memetik kembali kenyataan Muhammad Razali yang mendakwa wujudnya hubungan DAP dan Israel seolah-olah cuba bermain emosi rakyat Malaysia agar membenci DAP berdasarkan sentimen Palestin-Israel.

Walaupun artikel Zuhdi yang diterbitkan portal Harakah Daily ditarik balik,namun artikel tersebut masih boleh dibaca di portal rasmi PAS, setakat jam 11 malam, 31 Disember, 2015.


Kalau Zuhdi mempersoalkan jika DAP benar maka kenapa tidak saman saja Razali maka wajarlah kita persoalkan juga jika Zuhdi benar mengapa ditarik balik artikel tersebut yang pertama kali diterbitkan portal lidah rasmi PAS itu.

Dakwaan tanpa sebarang bukti bertulis mahupun audio itu bagaimanapun tersebar luas sekali lagi melalui Whatsapp dan laman sosial Facebook sekali gus berjaya bermain dengan emosi masyarakat Melayu terutamanya Melayu PAS dan Umno. Kerosakan sudah berlaku dan berjayalah saraf PAS dalam memainkan isu Israel dalam menghasut orang Melayu untuk membenci DAP.

Maka persoalan besar yang bermain di minda saya adalah, adakah wujud hubungan intim antara PAS/Zuhdi dan Umno sehinggakan Zuhdi memainkan kembali serangan blogger Umno kepada DAP 4 tahun lepas? Adakah dengan bertindak menyambung kembali tuduhan ini maka Zuhdi berjaya menyelamatkan Malaysia daripada diperintah Cina DAP yang bertanding 51 kerusi Parlimen ini?

Adakah PAS turut termakan dengan propaganda Umno DAP bakal memerintah Malaysia sekiranya Umno tewas lalu turut dimainkan perkara serupa oleh PAS terhadap DAP, bezanya Umno memainkannya sebelum PRU13 manakala PAS mengguna pakai senjata lama blogger Umno ini menjelang PRU14.

Sebagaimana dakwaan yang mengatakan wujudnya hubungan DAP dan Israel, begitulah asas kepada dakwaan DAP akan perintah Malaysia, asasnya menuduh tanpa asas, namun begitu berjaya memainkan emosi sebilangan orang Melayu yang enggan menerima angka dan fakta sebagai hujah, sebaliknya sebarang isu yang boleh menyentuh emosi walaupun tidak berasas akan ditelan bulat-bulat sehinggakan tidak lagi mahu mendengar dan menerima hujah pembelaan pihak yang dituduh.

Sejak kemenangan besar besaran kumpulan pro Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar lepas, saya masih tidak dapat melihat serangan sekeras yang dilakukan terhadap DAP dan Amanah oleh PAS kepada Umno, sedangnya yang jelas melakukan kemungkaran di pihak Umno, dalam isu 1MDB, akandal Yapeim, TPPA, PAS hanyalah sekadar menegur dengan nada rendah untuk cukup syarat "PAS menjalankan tanggungjawab menegur Umno BN".

Alangkah malang nasib rakyat Malaysia, dibebani kos sara hidup tinggi, cukai membebankan, pendapatan isi rumah tidak meningkat bahkan kadar pengangguran tinggi namun yang menjadi keutamaan politikus berserban adalah DAP mahu memerintah Malaysia. – 1 Januari, 2016.

- TMI

.

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi Semua...!!!

Remaja 14 Tahun Menipu 1 Malaysia… DR MAZA Perli Najib by oscar


Dr Maza & Najib.jpg


Remaja 14 Tahun Menipu 1 Malaysia… DR MAZA Perli Najib

Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) dilihat seperti memerli Najib bersama pemimpin-pemimpin yang lain. Dr MAZA menimbulkan persoalan berhubung kisah viral penipuan remaja Nur Amirah Atirah, 14, yang mendakwa dirinya diculik baru-baru ini.

Dr MAZA mempersoalkan bagaimana seorang anak gadis semuda itu boleh menipu dengan mudah sehingga mengemparkan negara buat seketika.

“Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya. Dia dikatakan hanya ingin mengelirukan ibu bapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu.

“Teknik berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini,” katanya menerusi posting terbaharu di Facebooknya hari ini.

DR MAZA.png
Beliau berkata demikian bagi mengulas kes Nur Amirah yang didakwa diculik baru-baru ini dan kisah ini menjadi viral di media sosial.

Sikap Perdana Menteri Najib yang selalu berbohong kepada rakyat telah menjadi ikutan generasi muda hari ini.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman mikro Twitter miliknya berharap, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis.

Sebelum ini, Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak Nur Amirah yang didakwa dilarikan suspek menaiki van putih.

Bagaimanapun, Nur Amirah dilapor ditemui selamat bersama teman lelakinya di Banting sekitar jam 10 malam tadi.

BACA [ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 14 Tahun Reka Cerita Dirinya Diculik, Ditemui Bersama Teman Lelaki

Friday, January 1, 2016

Nadzim akan dedah polis ‘musang berbulu ayam’ Adam Abu Bakar


Datuk-Nadzim-Johan,kota-raya

Beliau akan pergi IPK KL pada Isnin ini bagi menyerahkan maklumat anggota polis yang terlibat dalam kes penipuan di Kompleks Kota Raya.

PETALING JAYA: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bersedia dan tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan maklumat tentang anggota polis bersubahat dalam kes penipuan di Kompleks Kota Raya.

Menurutnya, PPIM akan menyerahkan maklumat tersebut kepada pihak polis sekaligus dapat memperbaiki serta menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Saya sudah dimaklumkan oleh salah seorang anggota polis untuk mendapatkan maklumat apa yang saya sebut pada malam itu. Saya akan beri maklumat dan akan tengok apa yang boleh dibaiki tentang apa yang saya bincangkan.


musang berbulu Ayam

“Saya sedia dipanggil, tidak ada masalah kerana kita nak selesaikan masalah. Kita objektif dan kita akan bagi maklumat yang ada. Saya akan pergi pergi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) Isnin minggu hadapan, pada jam empat petang,” katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Nadzim konsisten dengan kenyataan yang beliau keluarkan sebelum ini memandangkan pihak polis yang juga merupakan manusia biasa pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.
“Kita mesti terima hakikat, polis juga adalah manusia dan untuk rekod memang ada polis yang terlibat dalam salah laku sebelum ini. Kita akan berterusan untuk bawa kebenaran,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa menyatakan akan memanggil Nadzim bagi memberi keterangan berhubung dakwaan polis bersubabat melindungi peniaga haram di kompleks beli belah itu.

Siasatan itu dilakukan bagi mengetahui lebih lanjut siapakah anggota polis yang bersekongkol dan sebagai musang berbulu ayam.

Pemenang Hadiah Sastera S’kini akhirnya terima hadiah Aedi Asri


zmin-ali,hadiah
Salah faham yang timbul sebelum ini tidak akan berlaku jika pihak kerajaan negeri menyatakan dengan jelas bila hadiah akan diberikan.

PETALING JAYA: Selepas hampir sebulan menunggu, para pemenang Hadiah Sastera Selangorkini (HSSK) akhirnya dapat menarik nafas lega selepas menerima hadiah wang tunai hari ini.

Pemenang hadiah utama kategori sajak, Arafat Hambali mengesahkan perkara itu dan berkata, “Saya diberitahu pihak urusetia yang cek sudah dideposit petang kelmarin. Mungkin akan selesai sehari dua lagi,” katanya kepada FMT
.
Katanya lagi, salah faham yang timbul sebelum ini tidak akan berlaku jika pihak kerajaan negeri menyatakan dengan jelas bila hadiah akan diberikan.

“Kami bukan marah tentang nilai hadiah, tapi sebab tiada kenyataan yang konkrit diberi. Jika dari awal mereka beri penjelasan hal ini akan selesai dalam satu tempoh tertentu, kami tidak merungut,” katanya lagi.

Perkara itu turut disahkan pemenang saguhati kategori esei, Najmuddin Yusoff di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari mengakui terdapat sedikit kesilapan teknikal yang menyebabkan kelewatan pemberian wang hadiah namun menjamin ia akan diselesaikan sebelum hujung tahun ini.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 Disember lalu akhirnya meluluskan peruntukan kewangan bagi para pemenang.

Majlis HSSK diadakan pada 8 Disember lalu bagi mengiktiraf karya-karya yang diterbitkan akhbar rasmi kerajaan Selangor, Selangorkini.

Hadiah terbahagi kepada tiga kategori iaitu cerpen, sajak dan esei dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM27,000.

Bauksit: ‘Gantung perlombongan atau letak jawatan’ Aedi Asri


kuantan

MB Adnan perlu mempunyai keberanian politik untuk menangani isu ini yang kian melonjakkan kemarahan penduduk tempatan

PETALING JAYA: “Kita sudah buat apa yang termampu, kini terpulang kepada Menteri Besar (Datuk Seri Adnan Yaakob) untuk bertindak,” kata Pengerusi Gabungan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, Adnan perlu mempunyai keberanian politik untuk menangani isu ini yang kian melonjakkan kemarahan penduduk tempatan.

“Ketika pertemuan, beliau hanya kata sedang berusaha untuk menanganinya. Lihat pula ketegasan Menteri Besar Terengganu dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ahli Parlimen Kuantan itu diiringi Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Adun Semambu Lee Chean Chung untuk menyerahkan memorandum kepada Adnan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di Kuantan, pada tengah hari Khamis.

Fuziah menyuarakan keyakinannya bahawa kegiatan perlombongan bauksit boleh dijalankan secara terkawal dan jauh lebih baik daripada apa yang boleh dilihat sekarang.

“Tetapi syaratnya kenalah buat moratorium (penangguhan) dulu. Soalnya bila MB nak umumkan?” soalnya lagi.

Kuasa MB untuk halang atau jadi batu penghalang

Memorandum tersebut memberi tempoh sehingga tengah malam ini kepada Adnan untuk mengumumkan moratorium terhadap perlombongan bauksit di sana.

“Pada 7 Disember lalu, Adnan berkata akan membuat pengumuman sebelum hujung bulan ini. Dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga setuju untuk menggantung lesen ekspot…pengumuman itu hanya menunggu kata putus Adnan sendiri.

“Umumkan moratorium sebelum detik 12 tengah malam atau letak jawatan jika masih ada maruah,” kata memorandum itu lagi.

Menurut memorandum itu lagi, ekspot bauksit yang meningkat 20 kali ganda pada tahun 2015 berbanding 2014 juga menyebabkan pencemaran 20 kali ganda di kawasan yang terlibat.

“Moratorium memberi masa untuk kita melihat kepada penggubalan undang-undang yang boleh memberikan situasi menang-menang serta membantu menjadikan industri bauksit ini lebih lestari.

Memorandum itu turut melampirkan tiga dokumen yang menunjukkan punca dan kesan perlombongan bauksit yang tidak terkawal kepada alam sekitar dan penduduk.

Lampiran pertama menunjukkan fenomena ‘laut merah’ yang menurut memorandum itu berpunca daripada aktiviti mengorek dan mengalihkan tanah bauksit yang tidak terkawal.

lampiran 1b
Lampiran kedua tentang Sungai Rong yang dijadikan kolam mencuci bauksit yang boleh mendatangkan risiko air minum tercemar kepada penduduk Bukit Sagu apabila kegiatan itu dimulakan nanti.
lampiran2b
Lampiran ketiga pula adalah dokumen Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 yang diwartakan kerajaan persekutuan yang menggariskan kegiatan yang dibolehkan menurut undang-undang.
lampiran3b
Menurut memorandum itu lagi, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) perlu dilakukan terlebih dulu sebelum empangan mencuci bauksit dibina.
“Jika tiada kelulusan dikeluarkan, maka membiarkan empangan mencuci bauksit ini dibina secara haram adalah satu jenayah yang wajar di siasat oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” menurut memorandum itu.

2016: 1000 solat hajat desak turun menanti Najib !!! - Mohamad Fadli

NAjibw

GKCM akan menganjurkan Solat Hajat Perdana desak Presiden UMNO Najib Tun Razak berundur pada setiap minggu, ke seluruh negara.

PUCHONG: Gabungan Ketua Cawangan Umno (GKCM) berikrar akan terus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur pada tahun akan datang.

Jurucakapnya, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata desakan itu bertujuan bagi menyelamatkan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terus dibela.

Katanya, pelbagai program telah diatur antaranya akan mengadakan jelajah Solat Hajat Perdana ke seluruh negara.

“Kita sasarkan tahun hadapan akan menganjurkan sebanyak 1000 program Solat Hajat Perdana akan dianjurkan setiap minggu.

“Dalam program itu kita akan berdoa agar kepimpinan negara kita ini akan mengikut nilai-nilai Islam dan berdoa agar rakyat kita terus terbela dan tidak terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya dalam satu sidang media di Surau al-Raayah, Taman Puchong Permai, pada Khamis malam.

Sebelum itu GKCM telah mengadakan program Solat Hajat Perdana di sini dan ia merupakan program anjuran pertama oleh gabungan itu.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon berkata program-program sebegini akan diteruskan.

Beliau juga yakin program sebegini akan memberi impak yang baik dalam membela nasib rakyat yang ditindas.

“Solat Hajat ini merupakan kali pertama diadakan.

“Kita yakin program sebegini akan memberi impak yang besar disamping menerangkan tujuan program yang kami jalankan ini. Kita rancang selepas ini akan mengadakan jelajah di Utara (wilayah utara semenanjung Malaysia) dan di Pasir Gudang, Johor.

“Kita akan terus beri tekanan kepada pemimpin yang menindas rakyat,” katanya.


FMT

Sungguh Memalukan, Angkara RM2.6 Billion Diterima Najib, Malaysia Disenarai Dalam 'Skandal Rasuah Terburuk 2015'..



Yang kenyang itu Najib sebab RM2.6Billion dah masuk ke dalam akaun dia, yang mendapat malu itu rakyat Malaysia..

Kerana RM2.6 Billion yang masuk ke dalam akaun Najib itu Malaysia telah disenaraikan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.

"Skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015’ itu diberikan kepada Malaysia oleh foreignpolicy.com dalam laporannya dua hari lalu.

Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.

Bagi skandal rasuah, Malaysia berada di tangga ketiga, di belakang Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Nigeria.




Honduras dan Guatemala mengambil tempat keempat, manakala hakim-hakim di Ghana dan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu berada di tangga kelima dan keenam.

Baca laporan dari The Malaysian Insider ni..

Sumbangan RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak menempatkan Malaysia dalam senarai “Skandal Rasuah Terburuk 2015” yang dikeluarkan majalah Foreign Policy, bersama dengan FIFA, Nigeria, Honduras dan Guatemala.
Dalam satu artikel dimuat naik di laman sesawangnya pada Selasa, majalah berpangkalan di Washington itu menyifatkan sumbangan tersebut, sebagai "skandal rasuah yang pelik".

Penulis Siobhan O'Grady berkata, wang itu mengikat Najib "secara langsung" kepada satu penyiasatan ke atas dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat Malaysia pada November lalu, beliau mempunyai peluang muncul di tengah-tengah skandal itu berlaku.

"Empat bulan sebelum itu, Wall Street Journal melaporkan kir-kira AS$700 juta dana negara disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri – yang tidak sepatutnya disalurkan ke situ."

O'Grady berkata, walaupun Najib memperlekehkan laporan WSJ sebagai tidak tepat, artikel itu disiarkan selepas 1MDB gagal melunaskan hutang mengikut jadual pembayarannya.

"Obama mendakwa beliau sudah menimbulkan persoalan mengenai rasuah semasa pertemuan peribadinya dengan Najib, tetapi secara terbuka beliau berkata hanya kerajaan perlu menyimpan impian untuk menjadi lebih bertanggungjawab, lebih terbuka, lebih telus, untuk membasmi rasuah," tulis O'Grady.

Tapi.. orang kata macai tak malu walaupun Presiden mereka dah memalukan negara, sebab macai-macai tak keluar negara pun.. jadi nak malu apanya?

Pelik bukan?.. dunia luar menganggap apa yang Najib terima itu sebagai rasuah.. tapi rakyat negara ini dipaksa menerima bahawa RM2.6 Billion itu sebagai derma..

Tahniah.. Penutup tahun 2015, Malaysia ditangga ke 3 paling hebat rasuah di dunia..

Orenji Ren Oren's photo.

Malu, malu amat malu... ‘Anugerah’ itu diberikan oleh foreignpolicy.com di bawah Washington Post Company. Akhirnya, hampir tercapai juga hajat pemimpin2 UMNO-BN yg sentiasa mendabik dada mengatakan paling kuat dan hebat di dunia.. Ya betul paling kuat rasuah dan paling hebat menyamun di dunia.. Waaakaaakaaakaaaaa.. Puuuuiiiiihh

Sesuailah sangat dengan nama UMNO-BN = Umno Merasuah Number One - Berat Nanang.. Negara kita dah masyhur di seluruh dunia.. Masih duk kutuk pemimpin2 kita ke? Tun Mahathir ambik masa 20 tahun utk naikkan nama Malaysia, Najib hanya perlu kurang dari 10 tahun sahaja.. Terus top!!! Nama Malaysia dh di KENALI SEANTERO DUNIA.. 

Tahniah lah!! Pencapaian terbaik dari PM dan seluruh Menteri 

Kabinetnya yang lain, xlama lagi no 1.. Rakyat menanggung malu dan hilang maruah dimata dunia oleh permainan puaka2 tu takpe, asalkan dpt no 1... Rakyat terus menerus kene bersyukur.. Cayalah!!! Kalau dah no1 nanti boleh masuk WORLD BOOK OF RECORD sejak 58 thn MERDEKA..

Macai2 penjilat akan menjawab semua maklumat dari luar negara ni takleh pakai.. Maklumat yang boleh dipakai hanya datang dari Zahid Komedi, Mat CGPA 3.85 dan Kak Mah sahaja paling sahih.. 

Cai, harap korang teruskan sokongan x berbelah bagi UMNO-BN, ada peluang ke tangga pertama, tak jauh dah tu.. Hanya dibelakang Negara Nigeria dan bapak segala rasuah dunia, FIFA.. Errrr... Dengan adanya 'penasihat baru' nanti semoga Malaysia dapat no 1. Hoooraaaaayyy!!! 

Good job and congrats to all.. Selamat Menyambut Tahun Baru 2016 dibawah Pemerintahan UMNO-BN.. Hidoooooppp UMNO!!! Hiidooooopp Melayuuuuuu!!! Kah kah kaaaaaaaaaaaaaahh!!!

**Posting terakhir 2015 aku untuk semua... Mohon sentap!!

Pengetua Sekolah Pijak Kaki Adik Aku Kerana Pakai Selipar



Siang-siang dah mendidih darah aku! Alkisah, adik aku pergi sekolah nak ambil buku teks katanya. Dengan tangan berbalut, kaki retak, jari kaki berjahit, pergi ke sekolah pakai selipar.

Datang Pengetua Sekolah Menengah B***** N***** (perempuan okay) terus pijak kaki adik aku yang sakit itu.

Lain kali bertanyalah dulu kenapa dia pakai selipar. Bukan terus main pijak saja kaki orang. This is biadab okay! Lama pula tu dipijak. Bila adik aku kata "Sakitlah cikgu, kaki kena jahit ni,".

Pengetua itu bagai tak percaya dan bertanya, "Mana?!"

.
Bila adik tunjuk luka di kaki dia, pengetua itu tengok dan terus blah. Haaa! Takut ke bopeng?! Kalau yang tua pun tak boleh belajar hormat orang, macam mana anak didik nak hormat cikgu?

Take note ye, bukan cikgu saja tetapi semua orang! Panas hati betullah. Balik-balik saja dari sekolah, dia cakap cikgu pijak kaki yang sakit.

Lain kali bagi salam dulu sebelum terjah rumah orang ye! Dulu aku sekolah di situ juga, tetapi cikgu dan pengetua aku sangat baik! Sedih gile aku!

Aku pun selalu bergaduh dengan adik aku tetapi bila dia sakit, sedih dowh! Bukan nak mengaibkan sekolah sendiri tetapi i is sangat pegel!

Gambar yang pertama itu, kecederaan sebelum mendapat rawatan hari itu. Nak beritahu teruk jugalah kecederaannya, bukan luka sikit-sikit saja. - Ina Raiyan

Selamat Datang Tahun 2016.- AZAM KITA UNTUK TUMBANGKAN BN


Bang Nuar's photo.

Selamat Datang rakan dari luar Sarawak membawa semangat baru.

Selamat Datang pengundi baru Sarawak untuk membawa perubahan baru

Selamatkan rakyat dari belenggu kuasa pemimpin Bijak Nipu.
Bersama kita usahakan walau ranjau berliku
Kita tempuh dengan semangat bersama bersatu
Kita tetapkan pilihan yang satu
 
TUMBANGKAN SPESIS BN BIJAK NIPU

Semoga sejahtera semua rakyat Sarawak dan Malaysia berbilang bangsa dan agama tanpa BN/UMNO/PBB.

Benar, 2015 Gelap Untuk Penentang Najib, 2016 Bertambah Teruk...


2015 tempoh gelap bagi penentang Najib, 2016 bakal bertambah teruk

Tahun 2015 menyaksikan tekanan terbesar diterima penentang atau mereka yang berbeza pendapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan satu daripada kumpulan hak asasi manusia terkemuka negara memberi amaran ia boleh menjadi lebih buruk pada 2016.



Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata, amaran keras itu muncul ketika perdana menteri berdepan tekanan supaya meletak jawatan susulan salah urus tadbir 1Malaysia Development Berhad 1MDB (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Sehingga November lepas, Suaram merekodkan peningkatan 5 kali ganda individu disiasat, ditahan atau didakwa mengikut Akta Hasutan – akta kontroversi dijanjikan Najib untuk dimansuhkan malah diperkukuhkan pada tahun ini – berbanding pada tempoh yang sama tahun lepas.

Tahun ini, terdapat 220 individu atau kes-kes pendakwaan di bawah Akta Hasutan berbanding 44 kes pada 2014. Pada 2013, terdapat 11 kes manakala 8 kes pada 2012.

Menurut data Suaram, ia adalah jumlah tertinggi sejak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2009.

Menurut kaji selidik The Malaysian Insider sendiri, individu ditahan mengikut Akta Hasutan tahun ini termasuk ahli-ahli politik yang mengkritik dasar-dasar kerajaan, walaupun Putrajaya sudah berjanji mengkritik tidak menyalahi undang-undang.

Satu lagi peristiwa yang mendapat perhatian umum adalah apabila 163 anak muda ditahan selama 3 hari bermula pada 28 Ogos lalu mengikut Akta Hasutan kerana menghadiri perhimpunan Bersih 4.


Terdapat juga peningkatan sebanyak 7 kali ganda terhadap jumlah individu yang disiasat, ditahan atau didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdapat 37 kes tahun ini berbanding hanya 5 pada 2014.

"Trend pada 2015, adalah untuk menghukum kumpulan masyarakat sivil, ahli-ahli politik pembangkang dan pembela hak asasi manusia. Ini pasti akan berterusan tahun depan," kata Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy.

Beliau mendakwa, ada bukti pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritik Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN), walaupun ia kemudian dinafikan.

Sebagai contoh, ahli politik pembangkang iaitu pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSM) S Arutchlevan didakwa pada November kerana mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari lalu.

Arutchelvan bersama pemimpin PKR dan DAP, R Sivarasa serta Ng Wei Aik didakwa secara berasingan selepas Akta Hasutan dipinda pada Jun bagi menghalang kritikan dibuat terhadap dasar kerajaan dan keputusan mahkamah.

"Perkara yang sama berlaku dengan Akta Kesalahan Khas (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma)," kata Sevan.

Putrajaya sudah berjanji yang mereka tidak akan menggunakan akta tersebut untuk menutup mulut pengkritik politik.

Namun pada 8 September, bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan selama 28 hari kerana hasrat beliau untuk membuat laporan terhadap 1MDB kepada 6 pihak berkuasa kewangan asing.

Tahun 2016, tidak akan menjadi tahun yang begitu baik kepada sistem demokrasi, kata Sevan kerana Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 memberi perdana menteri kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan di mana-mana bahagian negara ini.


Pengkritik rang undang-undang itu menyatakan kebimbangan mengenai bagaimana kerajaan menentukan bentuk ancaman keselamatan negara dan penyalahgunaannya terutama ketika berlaku perhimpunan rakyat.

"Katakanlah jika perhimpunan awam diisytiharkan di Kuala Lumpur, kerajaan boleh mengisytiharkan ia sebagai kawasan keselamatan untuk menutup perhimpunan tersebut," kata Sevan.

"Ia tidak akan menjadi tahun yang mudah. Justeru, rakyat mesti bangkit dan menjadi aktif. Anda tidak boleh hanya menyokong kumpulan hak asasi manusia, anda juga perlu mengambil bahagian secara aktif dalam program-program dianjurkan.

"Rakyat kini mempunyai tanggungjawab lebih besar berbanding sebelum ini untuk menentang," kata Sevan. –TMI

ULASAN GB

Pemerintahan Najib kini nampaknya menjurus ke arah menjadi seorang diktator. Yang menentangnya, tak kira pihak mana, akan menerima padahnya. Cuma setakat ini, TDM masih terlepas. Najib masih khuatir untuk menahan TDM.

Timbalanya, Muhyiddin Yassin habis diterajangnya dari jawatan TPM.

Apa yang dilakukan Najib sebenarnya akan memusnahkan dirinya sendiri.

Tindakan beliau "menghukum penjara" Anwar merupakan satu kesilapan besar. Bencana menimpanya dan kehidupan beliau umpama berada di neraka, menurut blogger MSO. Sementara kehidupan Anwar, walaupun di penjara tetapi ibarat syurga, kerana Anwar kini lebih banyak masa untuk beribadah menghadap Ilahi. Berbanding Najib yang kini diburu dengan pelbagai ketakut6an dan kritikan dari pelbagai arah.

Sebelum ini GB sudah membuat ulasan. Petikan:

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

Sakmongkol pernah mendedahkan:

Najib bukanlah pemimpin yang kuat. Dalam kawasan parlimen nya, kita amat hairan bagaimana jumlah pengundi mencecah 80,260 orang. Orang yang tidak datang dari Pekan tentulah tidak memahami perkara ini. Sesak dan semak Pekan jika ada orang seramai ini.

Dari tahun 2004 hingga 2008, jumlah pengundi bertambah pada kadar 5534 orang sahaja. (dari 52, 683 dalam tahun 2004 kepada 58,217 dalam tahun 2008). Ini pertambahan yang munasabah memandangkan ada kem tentera wataniah dan kolej2. Tapi sejak tahun 2008 hingga 2013, yakni 5 tahun, jumlah pengundi bertambah secara mendadak dengan tambahan 22,043. Ini pertambahan yang menakjubkan. Dari mana datang nya 22,043 ini?

Kita tahu pegawai2 Najib menjalankan operasi membawa masuk orang asing dan memberi kad pengenalan kepada mereka. Sekurang kurang 18,000 warga asing dari kemboja dan Myanmar dijadikan rakyat negara ini dan beralamat di Pekan. Kalau kita tolak 18,000 dari majoriti Najib dalam tahun 2013, maka majoriti nya hanyalah 17,000. Dan mengikut maklumat dari orang Pekan sendiri, pertambahan pengundi asing amat mendadak antara 2008-2013.

Sekarang Najib dihempuk dengan pelbagai masalah. Kajian membuktikan popularitinya merudum, hutang negara meningkat, kenaikan harga meniyak, gula dan barang keperluan lain dan cadangan kenaikan tol serta pengenaan GST yang bakal menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat yang mengakibatkan kemarahan rakyat juga meningkat.

GB pernah juga mengulas bahawa GB amat yakin sekali jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran selama-lamanya. Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!
BERGUNAKAH: