Followers

Friday, January 1, 2016

Pemenang Hadiah Sastera S’kini akhirnya terima hadiah Aedi Asri


zmin-ali,hadiah
Salah faham yang timbul sebelum ini tidak akan berlaku jika pihak kerajaan negeri menyatakan dengan jelas bila hadiah akan diberikan.

PETALING JAYA: Selepas hampir sebulan menunggu, para pemenang Hadiah Sastera Selangorkini (HSSK) akhirnya dapat menarik nafas lega selepas menerima hadiah wang tunai hari ini.

Pemenang hadiah utama kategori sajak, Arafat Hambali mengesahkan perkara itu dan berkata, “Saya diberitahu pihak urusetia yang cek sudah dideposit petang kelmarin. Mungkin akan selesai sehari dua lagi,” katanya kepada FMT
.
Katanya lagi, salah faham yang timbul sebelum ini tidak akan berlaku jika pihak kerajaan negeri menyatakan dengan jelas bila hadiah akan diberikan.

“Kami bukan marah tentang nilai hadiah, tapi sebab tiada kenyataan yang konkrit diberi. Jika dari awal mereka beri penjelasan hal ini akan selesai dalam satu tempoh tertentu, kami tidak merungut,” katanya lagi.

Perkara itu turut disahkan pemenang saguhati kategori esei, Najmuddin Yusoff di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari mengakui terdapat sedikit kesilapan teknikal yang menyebabkan kelewatan pemberian wang hadiah namun menjamin ia akan diselesaikan sebelum hujung tahun ini.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 Disember lalu akhirnya meluluskan peruntukan kewangan bagi para pemenang.

Majlis HSSK diadakan pada 8 Disember lalu bagi mengiktiraf karya-karya yang diterbitkan akhbar rasmi kerajaan Selangor, Selangorkini.

Hadiah terbahagi kepada tiga kategori iaitu cerpen, sajak dan esei dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM27,000.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.