Followers

Monday, December 14, 2015

Pelajar dakwa UM kenakan bayaran internet tahun depan - Khairil Ashraf


UMUMANY mendakwa pelajar hanya diberikan kuota lima gigabite dan penggunaan melebihi had itu akan dikenakan bayaran bermula Mac tahun depan.

KUALA LUMPUR : Kesan pemotongan peruntukan bajet dalam sektor pendidikan kepada RM1.4 bilion didakwa telah menyebabkan Universiti Malaya (UM) mengenakan caj bagi perkhidmatan internet.

Presiden Universiti Malaya Association Youth (UMANY) Ho Chi Wang mendakwa, pihaknya mendapat maklumat daripada Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bahawa setiap pelajar hanya akan diberikan kuota sebanyak lima gigabite (gb) bermula Mac tahun hadapan.

Dia berkata, sekiranya kuota tersebut melebihi penggunaan, setiap pelajar akan dikenakan caj tambahan.
Ketika ini, semua pelajar UM menikmati penggunaan internet tanpa had secara percuma.

“Soalnya, adakah lima gigabite ini mencukupi untuk urusan penggunaan data dalam aktiviti seharian pelajar-pelajar? Jika diteliti, hampir 80 peratus maklumat diperolehi menerusi penggunaan internet.

“Sepatutnya, perkara ini perlu dibincangkan di pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mana mereka diberi mandat untuk menyuarakan segala bentuk permasalahan dan ini bukan permasalahan yang boleh dipandang ringan.

“Isu ini berkait rapat dengan tugas mereka untuk menjaga kebajikan mereka. Kami amat kecewa dengan tahap komitmen yang diberikan oleh mereka,” katanya kepada pemberita di Universiti Malaya (UM) pada Isnin.

Chi Wang menambah, pihaknya juga tidak mengetahui kadar caj tambahan yang akan dikenakan kepada pelajar sekiranya melebihi kuota.

“(Kadar) caj tambahan yang akan dikenakan ini kita tak tahu berapa akan dikenakan kepada pelajar. Kita pun tak tahu yuran internet yang dikenakan kepada kita,” jelasnya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.