KUALA
LUMPUR 13 Oktober: Peguam mewakili Suaram, William Bourdon dan Joseph
Breham akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli
Parlimen berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di Perancis.Pengarah
Eksekutif Suaram,
Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon
visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini.“Kita
sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di
Parlimen.
Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke
Malaysia telah dimohon minggu lalu.
Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai,” ujar Cynthia.
Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai,” ujar Cynthia.
“Kalau boleh kita tak
nak buat penerangan di Singapura. Itu hanya pilihan terakhir,” katanya
kepada keadilan dailyMenurut Cynthia, kerajaan tiada alasan untuk
menghalang peguam berkenan masuk ke Malaysia sepertimana berlaku
terhadap Wiliam Bourdon, Julai tahun lalu.
“Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini guna alasan William salah guna Pas lawatan. Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur.
“Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini guna alasan William salah guna Pas lawatan. Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur.
“Kita
bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan beri kerjasama.
Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam jumpa klien
(Suaram),” tegas Cynthia.
Awal bulan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan surat kepada peguam berkenaan di Paris bagi menjemput mereka hadir memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Malaysia sebelum sidang berakhir 22 November depan.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu menjangkakan sesi berkenaan
akan diadakan di Singapura, ekoran halangan dari kerajaan Malaysia.
Posted by Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.