Followers

Thursday, December 3, 2015

Isu RM2.6 bilion: Najib beri harapan palsu pada rakyat Mohamad Fadli


wan-azizah,rafizi,najib

Wan Azizah dan Rafizi Ramli menganggap penjelasan Zahid Hamidi tidak memberi mafaat dan hanya membuang masa.

KUALA LUMPUR: Pembangkang kecewa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir di Parlimen bagi menjelaskan isu RM2.6 bilion.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata jawapan yang diberikan berhubung isu itu langsung tidak memuaskan dan bukan jawapan yang mahu didengar oleh rakyat.

“Tidak ada apa-apa pun penjelasan… jawapan itu telah memberi kehampaan kepada kami, kerana kami tunggu begitu lama.

“Jawapan yang diberikan juga bukan jawapan… dan mengatakan penjelasan tidak diberikan kerana subjudis adalah helah mereka,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata dia langsung tidak terkejut dengan penjelasan yang diberikan itu.

Katanya, penjelasan itu dianggap tidak memberi apa-apa faedah dan hanya membuang masa semua ahli parlimen.
“Saya tidak terkejut langsung malah saya tidak ambil serius.

“Seolah-olah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerangkan kelakuan kerajaan… jadi sudah tentu tiga minit tadi adalah satu buang masa dewan dan masa rakyat,” katanya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menambah ketidakhadiran Najib dalam menjelaskan isu itu juga hanya menambahkan kemarahan rakyat.

“Tindakan ini akan menambah lagi kemarahan rakyat terhdap beliau (Najib).. Bagi saya kalau dia tidak mahu jawab dia mahu terus mengelak sepatutnya tindakan politik yang terbaik adalah berdiam diri.

“Masalah Najib bagi harapan akan bagi jawapan… Ini akan menguatkan lagi persepsi dan pandagan rakyat memang ada benda tak kena jadi dari segi ukuran politik,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Rafizi menasihatkan agar Najib tidak memberi harapan palsu kepada rakyat sekiranya tidak mahu menjelaskan isu RM2.6 bilion itu.

“Jika dia (Najib) nak main helah itu akan bagi lebih banyak masalah nanti,” tegasnya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.