Followers

Monday, December 28, 2015

Irmohizam dicabar buktikan LKIM bantu nelayan Ho Kit Yen


Dr-Afif-Bahardin-

Pulau Pinang menegaskan telah membantu nelayan di negeri itu yang tidak mampu dilakukan LKIM

PETALING JAYA: Kerajaan Pulau Pinang mencabar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membuktikan agensi itu telah menjalankan tanggungjawab untuk membantu nelayan di negeri itu dan di seluruh negara.

EXCO Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin berkata, LKIM perlu membuktikan mereka telah memainkan peranan untuk meningkatkan pendapatan nelayan.

“Kerajaan Pulau Pinang membantu nelayan dengan memberi pukat dua kali setahun dan membina tukun tiruan di Pulau Aman dan Pulau Kendi dalam Bajet 2016 bagi meningkatkan pendapatan nelayan.

“Adakah LKIM boleh melakukan perkara yang sama? Malah Irmohizam (Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim) tidak mampu memberi lesen kepada nelayan,” katanya kepada FMT.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu mengulas kenyataan Irmohizam bahawa projek penambakan laut di tiga lokasi iaitu di Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Teluk Kumbar di Pulau Pinang akan menjejaskan pendapatan nelayan.

“Jika LKIM betul-betul ambil berat soal nelayan dan isu tambakan laut, LKIM patut fokus kepada projek tambakan laut di negeri lain, Johor terutamanya.

“Saya cabar Irmohizam, jika LKIM mampu memberi pukat dua kali setahun kepada nelayan di seluruh negara bukan saja waktu pilihan raya, barulah datang berjumpa kami untuk berbincang,” katanya sambil menegaskan, syarikat menguruskan projek tambakan laut setiasa berhubung dengan nelayan dan penduduk di pesisir pantai di kawasan terlibat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.