Followers

Sunday, December 27, 2015

Kertas siasatan SRC, RM2.6 bilion dikemuka minggu depan FMT Reporters


sprm_1mdb_600

SPRM meminta semua pihak yakini siasatan akan dibuat secara bebas, telus dan profesional.

PETALING JAYA: Kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas syarikat yang dikaitkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu SRC International Sdn Bhd, serta wang derma RM2.6 bilion akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu hadapan.

Kertas siasatan itu merekodkan syor berkenaan hasil siasatan iaitu samada terdapat kes atau pun sebaliknya.

“Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan Kertas Siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya.

“Pengurusan Tertinggi SPRM berpendirian perkara ini penting bagi memastikan semua pihak akan mengetahui yang SPRM telah mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas,” jelas Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diterima FMT, sebagai respon kepada tulisan blog bekas Ketua Pengarang News Strait Times Bhd, Datuk A. Kadir Jasin.

Kadir dalam muatnaiknya itu berkata reputsi SPRM akan terkubur sekiranya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed gagal menjalankan siasatan secara bebas, telus dan profesional.

Sementara itu, menjawab desakan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli supaya SPRM mendedahkan nama penderma RM2.6 bilion, Bahri berkata perbuatan itu melanggar Akta SPRM 2009.

“SPRM tiada masalah untuk mendedahkan butiran siasatan andainya ia tidak bercanggah dengan undang-undang. Bagaimanapun peruntukan yang sedia ada tidak membenarkan SPRM berbuat demikian.

“Sebagai penggubal undang-undang, diharap YB Rafizi memahami kekangan ini dan mengesyorkan pindaan yang sewajarnya bagi membolehkan SPRM mendedahkan hasil siasatan kes-kes yang disiasat secara terperinci kepada umum,” jawab Bahri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.