Followers

Sunday, December 27, 2015

Kandungan TPPA perlu didedahkan kepada rakyat – penganalisis politik Mohamad Fadli


Mohd-Azizuddin_tppa_600

Ini bagi meyakinkan rakyat bahawa TPPA ini membawa kebaikan kepada negara

PETALING JAYA: Pemerintah seharusnya mendedahkan isi kandungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) secara lebih mendalam bagi mengelakkan spekulasi buruk dalam kalangan rakyat.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berpandangan selagi isi kandungan tidak didedahkan, rakyat sememangnya sukar untuk menerima TPPA.

Ini berikutan kebimbangan rakyat bahawa TPPA ini akan menjejaskan kepada sumber pendapatan dan kehidupan mereka.

“Kerajaan perlu dedahkan bagi penerangan kepada rakyat mengenai isi perjanjian TPPA. Tanpa pendedahan dibuat maka spekulasi-spekulasi itu akan timbul dan banyak isu-isu akan dibangkitkan.

“Penerangan masih belum menyeluruh dan isu-isu dibangkitkan itu kerajaan kena bagi respon. Jadi penerangan lebih mendalam perlu dibuat agar rakyat akan lebih faham apa yang dimaksudkan dengan TPPA,” katanya kepada FMT.

Azizuddin berkata demikian kepada FMT sebagai susulan kepada tinjauan yang kami lakukan sebelum ini (A Christmas Worry: What exactly is the TPPA?)

Mengulas lanjut, Dr Azizuddin berkata rakyat perlu diberi peluang untuk menilai sejauh mana Malaysia boleh bersaing dengan negara luar dengan pemeteraian TPPA itu.

“Isu sekarang maklumat secara terperinci perjanjian itu tidak jelas dan ditunjukkan ramai ragu-ragu dan ada yang takut serta bimbang sekiranya terdapat perjanjian yang boleh menjejaskan kedaulatan negara dan persaingan Bumiputera khusunya dalam menjana pendapatan.

“Agensi-agensi kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu memberi penerangan yang lebih jelas kepada rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.