Followers

Monday, November 2, 2015

Tiada soal jawab, penonton semasa debat Pua dan Arul, kata menteri OLEH MD IZWAN

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy  dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua hanya dibenarkan membentang hujah serta fakta berkaitan 1MDB semasa sesi debat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua hanya dibenarkan membentang hujah serta fakta berkaitan 1MDB semasa sesi debat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua hanya dibenarkan membentang hujah serta fakta berkaitan 1MDB semasa sesi debat.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak memberitahu tiada sesi soal jawab semasa sesi debat antara Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua.

Salleh berkata, kedua-dua mereka hanya dibenarkan membentang hujah dan fakta berkaitan syarikat sarat hutang itu semasa sesi debat.

"Bagaimanapun dalam soalan perbahasan ini ia bukanlah dalam soal jawab... bukan sekadar satu menyoal satu menjawab.

"Perbahasan ini kedua-dua pihak akan berhujah atas pandangan masing-masing yang ada kaitannya dengan 1MDB," kata Salleh kepada pemberita di Parlimen petang ini.

Salleh juga berkata tiada penonton akan dijemput semasa sesi debat itu bagi menjamin suasana yang kondusif dalam membincangkan isu 1MDB yang sedang membebani kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

"Perbahasan akan diadakan dalam studio tanpa penonton dan kedua-dua pihak akan diberi peluang untuk memberi hujah masing-masing. Pada saya itu format yang terbaik," katanya.

Menurut Salleh, sesi debat itu dijangka berlangsung selama sejam.

Dalam pada itu, Salleh juga mengesahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah bersetuju untuk menyiarkan debat secara langsung dan juga menyediakan studio untuk program itu.

"RTM sudah bersetuju untuk menyiarkan debat ini secara langsung.

"Mereka juga akan menyediakan studio untuk program ini dijalankan nanti," katanya.

Salleh bagaimanapun tidak memberi tarikh spesifik bila debat itu akan berlangsung.

Pua sebelum ini mencabar presiden 1MDB itu untuk muncul bersamanya dalam temu bual secara langsung bagi menjawab segala persoalan dibangkitkan terhadap 1MDB.

Arul bagaimanapun memberi syarat supaya Pua meletakkan jawatan dalam PAC sebelum debat itu, bagaimanapun syarat itu ditolak Pua.

Kemudian, Arul menarik syarat itu dan bersedia berdebat dengan Pua tanpa sebarang syarat. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.