Followers

Monday, November 2, 2015

Tambang LRT, Monorel juga bakal naik



Tambang bagi perkhidmatan LRT dan Monorel di sekitar Kuala Lumpur dijangka naik berikutan keputusan Prasarana Malaysia Bhd menyemak semula struktur tambangnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Azmi Abdul Aziz, semakan itu perlu bagi memastikan struktur tambang berdasarkan jarak jauh yang bakal berkuat kuasa 2 Disember ini.

Ketika ini Prasarana mengenakan struktur tambang berbeza bagi ketiga-tiga aliran rel yang dikendalikan syarikat itu.

"Semakan itu perlu untuk memulihkan struktur tambang yang selama ini . Kita akan memperkenalkan formula yang lebih konsisten," kata Azmi.

Struktur tambang baru itu juga akan menyaksikan tawaran diskaun bagi urus niaga tanpa tunai menggunakan kad Touch 'n Go dan kad MyRapid, dan sistem baru untuk pas mingguan dan bulanan.

Azmi berkata, pengguna yang memakai pas bulanan ‘Smart 30' akan menikmati diskaun paling besar.
Beliau juga berkata dengan struktut tambang baru ini, 79 peratus penumpang LRT dan Monorel dijangka menyaksikan kenaikan tambang.

13 peratus pula akan menikmati penurunan dalam tambang, manakala lapan peratus tidak akan mempunyai perubahan.

Pada masa ini, hanya tambang perkhidmatan Monorel dikenakan berdasarkan jumlah kilometer perjalanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.