Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebanyak RM12.9 juta dibelanjakan dalam menangani nahas pesawat MH17.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebanyak RM12.9 juta dibelanjakan dalam menangani nahas pesawat MH17.
Kerajaan membelanjakan RM231.5 juta dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 untuk tempoh sehingga Oktober lepas.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dalam menangani nahas pesawat MH17 pula, kerajaan membelanjakan sebanyak RM12.9 juta.
"Bagaimanapun anggaran kos keseluruhan bagi misi pencarian tersebut (MH370) tidak dapat ditentukan kerana operasi pencarian masih lagi dilaksanakan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Liow berkata MAS menawarkan bayaran pampasan pendahuluan dan pakej bantuan kru berjumlah AS$50,000 (RM214,925) sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris atau keluarga penumpang dan anak kapal kedua-dua pesawat itu.
Katanya, jumlah yang diberikan tersebut dinilai berdasarkan Konvensyen Montreal 1999 dengan pembuktian kerugian yang ditanggung setiap penumpang.
Setakat ini, Liow berkata, 236 waris tragedi MH17 dan 74 waris mangsa MH370 menerima bayaran pampasan pendahuluan melibatkan jumlah keseluruhan AS$16,600,000 (RM7,135,510,000). – Bernama, 2 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.