Followers

Tuesday, November 10, 2015

`Saya tidak tahu tentang kerajaan perpaduan’ – Ku Nan Khairil Ashraf


husan dan ku nanBeliau bersumpah tidak mengetahui mengenai dakwaan yang dibuat oleh Husam baru-baru ini

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan beliau tidak mengetahui dakwaan yang dibuat oleh Datuk Husam Musa berhubung langkah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya tak tahu. Saya mana tahu. Wallahi, wabillahi, watalallahi,” jawabnya ringkas.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Husam sebelum ini bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam pada Jumaat lepas.

Terdahulu, dalam ucapannya di Majlis KL Eco City’s Strata Office Tower, Menteri Wilayah Persekutuan itu menyeru orang ramai agar berfikir menggunakan otak untuk menerima sesuatu maklumat.

Ini kerana, katanya pada masa ini orang ramai boleh menggunakan `hujung jari’ mereka untuk mencipta segala fitnah di media sosial.

“Semua orang mula menggunakan `hujung jari’ mereka untuk mencipta segala fitnah dan sebagainya.

“Tolonglah, apa-apa yang anda dapat, baca..kita semua dicipta oleh tuhan. Tolonglah fikir menggunakan otak,” katanya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.