Followers

Tuesday, November 10, 2015

MCA tegur BTN panggil Cina, India pendatang FMT Reporters


Datuk-Raja-Arif-Raja-Ali,Datuk-Wee-Jeck-Seng

Ketua Pengarah BTN dikatakan jahil dan tidak memahami maksud patriotisma.

PETALING JAYA: MCA kecewa dengan kenyataan Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Raja Arif Raja Ali yang memanggil kaum Cina, India dan beberapa kumpulan lain sebagai pendatang.

Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Wee Jeck Seng berkata, ia menunjukkan beliau jahil dan tidak memahami maksud patriotisma.

“Masyarakat Cina dan India adalah rakyat di negara ini. Malaysia ditubuhkan hasil usaha keras dan ketekunan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan kaum lain yang berjuang menuntut kemerdekaan,” katanya dalam kenyataan yang dipetik daripada Mstar Online.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Piai itu, kenyataan yang dibuat Raja Arif jelas bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa rakyat Malaysia tidak harus dilabelkan sebagai pendatang.

Jelas Wee, negara ini adalah milik semua kaum, oleh itu tiada sebab mereka perlu dilabel sebagai pendatang.
“Rakyat Malaysia yang dilahirkan dan dibesarkan di sini adalah warganegara Malaysia. Kesetiaan kita kepada Malaysia tidak boleh dipertikaikan, apatah lagi dipadamkan,” ulasnya.

Turut dipertikainya, gesaan Raja Arif mengenai sistem pendidikan satu aliran yang didakwanya boleh meningkatkan perpaduan negara jelas menunjukkan kejahilan beliau.

Katanya, tiada bukti bahawa mana-mana negara mengamalkan sistem pendidikan satu aliran benar-benar menyatukan semua kaum.


FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.