Followers

Tuesday, November 10, 2015

Pas tolak cadangan Amanah Adam Abu Bakar


amanah selangor

Parti Islam itu berpendapat perjanjian kerjasama dengan PH tidak perlu kerana ia masih bekerjasama dengan PKR

PETALING JAYA: Pas menolak cadangan untuk menandatangani perjanjian kerjasa sama dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan situasi yang berlaku sekarang bukan satu masalah besar kerana parti Islam itu masih menjalinkan kerjasama dengan PKR walaupun telah memutuskan tahaluf siyasinya dengan DAP.

“Kerajaan Selangor berjalan dengan baik dan PAS berpuas hati dengan perjalanan sekarang. Rasanya tiada apa yang perlu di selesaikan di Selangor kerana tiada masalah besar,” katanya ringkas sewaktu dihubungi FMT.

Jelas Tuan Ibrahim lagi, semua pihak termasuk pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) di Selangor perlu memberikan sokongan kepada kerajaan negeri sedia ada kerana kepimpinan kini merupakan hasil kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Semua pihak perlu menyokong kerajaan negeri yang ada, kerana pemerintahan sekarang hasil mandat rakyat dalam PRU ke-13 lalu,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad meminta supaya satu perjanjian kerjasama dibuat antara PH dan Pas di Selangor bagi mencari penyelesaian kemelut dalam pentadbiran negeri.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.