Followers

Tuesday, November 10, 2015

Isu vape: Kementerian Kesihatan keluar peraturan baharu - FMT Reporters


vape

Hanya ahli farmasi dan pengamal perubatan berdaftar boleh menjual cecair elektronik yang mengandungi nikotin dan ia perlu direkodkan.


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengeluarkan peraturan baharu dengan mewajibkan Cecair Elektronik (e-liquid) yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar dan perlu diperlu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak yang dibenarkan adalah salah di sisi undang-undang mengikut Akta Racun 1952.

Katanya, walaupun Kabinet tidak mengharamkan rokok elektronik dan vape namun cecair elektronik yang mengandungi nikoton tertakluk di bawah Jadual Racun mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Isu rokok elektronik dan vape hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini apabila Kementerian Kesihatan menyerbu dan merampas cecair perasa yang mengandungi nikotin.

Pemilik premis mengaku mengalami kerugian akibat tindakan itu dan keliru kerana kerajaan tidak mengeluarkan arahan supaya rokok elektronik dan vape diharamkan.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.