Followers

Tuesday, November 10, 2015

Gelandangan dipermainkan pekerja restoran FMT Reporters


video

Pekerja itu telah menyimbah gelandangan warga emas berkenaan dengan air tanpa merasa belas kasihan
VIDEO INSIDE
 
 
PETALING JAYA:Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera bertindak kurang ajar terhadap seorang gelandangan warga emas apabila menyimbah air kepadanya.

Berdasarkan video yang tersebar, pekerja terbabit pada mulanya dilihat telah mengumpan gelandangan itu dengan menawarkan makanan percuma.

Bagaimanapun, setelah dihampiri pekerja lelaki itu tiba-tiba menyimbah air yang dimasukkan di dalam gelas.
Menerusi audio pada visual, insiden berkenaan disaksikan beberapa individu yang kemudian telah merakam kejadian itu dari dalam kereta.

Individu-individu terbabit turut mentertawakan gelandangan itu tanpa melahirkan rasa simpati.

Tidak lama selepas itu, gelandangan tersebut berlalu dari situ dalam cuaca hujan dengan harapan yang hampa.

Video kejadian yang dikatakan berlaku di Detroit, Amerika itu telah dimuat naik ke Youtube.

Pengguna laman sosial yang telah menyaksikan video berkenaan rata-rata mengecam tindakan pekerja terbabit yang disifatkan sebagai perbuatan melampau.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.