Followers

Tuesday, November 10, 2015

BAIK UNTUK SIAPA?

Ismaily Bungsu C's photo.

BEGITU mudah kita melepas kata dan kata2 semacam permainan melompat dari mulut ke mulut dan melebar di mana-mana dan baik utusan atau media TV siap bergema di mana-mana.

Katanya " pilihlah kita siap kita berkhidmat untuk kamu dan rakyat didahulukan" tetapi bila saja berkuasa, mereka yang berkuasa lupa diri dan Sabah yang kaya dengan sumber asli tidak mendapat sewajarnya dan WANG YANG DISATUKAN hanya untuk mengisi kantung pemimpin atasan pemerintah yang berkuasa penuh.

Rakyat dibiar miskin papa kedana!

keperluan asas seperti jalan raya, air paip dan api letrik di kampung2 lebih kurang sama macam zaman Jepun meski sudah berulang kali disuarakan di peringkat nasional tetapi seorang PM telinganya tuli dan matanya seperti buta.

Apa saja pemimpin Sabah boleh lakukan kalau kuasa itu sendiri di tangan seorang Najib yang kekadang apa yang dilakukannya tidak pernah dibincang di kabinet seolah Malaysia itu syarikatnya sendiri dan kesannya
berjuta bilion masuk ke akaun sendiri.


Inilah hakikatnya.

PKR/DAP/Amanah bukan parti Malaya tetapi PARTI NASIONAL dan untuk ambil alih pemerintah kerajaan BN, tidak boleh tidak mesti dimenangi lebih 112 kerusi MP dan yang hanya mampu memenangi lebih 112 kerusi MP tentulah BN atau HARAPAN PAKATAN.

Lalu buat apa buang masa? tumpulah sepenuh tenaga dan berikan sokongan kepada HARAPAN PAKATAN dan jika BN boleh dikalahkan maka barulah kepimpinan di Malaysia ini akan berubah sebalik jika gagal maka akan sama seperti PBS menangi pilihanraya umum 1985 yang kesannya menderita sebab BN kuasai Wang Disatukan.

Harapan pakatan harapan rakyat. Harapan rakyat mahu perubahan dan terbukti kerajaan Pinang dan Selangor ikut laporan audit negera kerajaan terbaik,telus banding kerajaan2 negeri yang ditadbir bawah BN.



ISMAILY BUNGSU
sabah
10/11/2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.