Mengakui mahu mencuba sesuatu yang baru, kini Anuar cuba membuka lembaran lain dalam buku kerjayanya sebagai seorang artis yang berbakat besar.
“Sudah sepuluh tahun lebih kami bersama, bila sudah terlalu lama bekerjasama, masing-masing mahu mencuba sesuatu yang lain, jadi kami sama-sama bersetuju untuk berpisah.
“Memang sayang kerana lama bekerjasama bersama, tapi rezeki sampai di situ sahaja, dan sudah tiada kesesuaian antara kami. Sayang sekalipun, sekiranya tiada duit pun tak guna juga, kerana saya bekerja kerana duit.
“Sekarang saya bekerja dengan pengurus yang baru iaitu Daniel. Setakat ini dia ‘okey’, cepat belajar walaupun ini kali pertama dia menguruskan artis.
“Saya sudah dua kali menggunakan khidmat pengurus wanita, jadi kali ini saya fikir lebih baik saya cuba pengurus lelaki pula, dan sekarang ini kami sedang sesuaikan diri,”jelas Anuar.
Bertanyakan tentang penyertaan lagu Sedetik Lebih di dalam program Separuh Akhir Muzik Muzik, jelas Anuar , dia telah menjelaskan kepada pihak KRU, bahawa dia tidak akan menyanyikan lagu itu.
“Memang sejak awal lagi saya sudah beritahu semua komposer lagu-lagu saya, bahawa saya tidak akan bertanding ke Juara Lagu, jadi sekiranya mereka tidak kisah, maka saya akan menerima lagu mereka, begitu juga dengan KRU.
“Saya yakin pihak KRU ada pilihan artis mereka sendiri untuk membawakan lagu itu, dan sekarang ini ramai artis yang berbakat mampu membawakan lagu itu dengan baik,”luahnya lagi.
Sumber ManggaOnline
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.