Followers

Tuesday, November 10, 2015

Penjelasan Masjid Negara isu Bilik Wuduk VVIP FMT Reporters


vvip

Bilik Wuduk VVIP bagi kemudahan tetamu-tetamu kerajaan dan pembesar negara selain mengelak kejadian tidak diingini ketika menghadiri program kebangsaan di Masjid Negara. 


PETALING JAYA: Bilik Wuduk VVIP di Masjid Negara bertujuan memudahkan tetamu-tetamu kerajaan yang menghadiri program kebangsaan mengambil wuduk kerana ia terletak bersebelahan Bilik Menunggu VVIP.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Ismail Muhammad berkata, kemudahan khas itu mengambil kira prosedur dan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Beliau membuat penjelasan itu susulan gambar Bilik Wuduk VVIP di Negara Negara menjadi viral di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi umat Islam.

Katanya, gambar yang diviralkan itu seolah-olah Bilik Wuduk VVIP terlalu eksklusif dengan tanda signage yang besar sedangkan gambar yang diambil itu tidak menggambarkan gambar Bilik Wuduk VVIP yang sebenarnya.

“Masjid Negara mengamalkan polisi bersifat terbuka dan bersedia untuk menerima komen, pandangan dan teguran daripada sesiapa sahaja termasuk orang awam demi kebaikan dan penambahbaikan.

“Namun begitu Masjid Negara juga berpandangan bahawa setiap teguran dan kritikan perlulah disalurkan dengan cara dan wasilah yang sesuai bukanlah berbentuk provokasi lebih-lebih lagi yang mempunyai niat dan agenda tertentu. 

Atas sebab itu Islam mengajar kita setiap teguran ada adab dan tatacaranya,” katanya menerusi kenyataan media.

Ismail berkata, teguran adalah kewajiban di atas dasar “amar maaruf nahi munkar” namun ia perlu dilakukan dengan konsep teguran adalah dengan niat dan tujuan baik dam dilakukan dengan hikmah tidak sampai menyinggung perasaan dan boleh menimbul kemarahan.

Teguran juga, katanya, tidak mengaibkan seperti menegur di depan orang ramai dan secara terbuka dan dibuat secara bersemuka atau apa-apa cara yang berniat ikhlas.


FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.