Followers

Saturday, November 21, 2015

NOW: YaPEIM belanja lebih RM200, 000 di Australia Tarrence Tan


akmal-nasir

NOW mempersoalkan kewajaran YaPEIM membelanjakan sejumlah besar wang yang hanya memberi manfaat kepada sekumpulan kecil.

KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) didakwa telah membelanjakan sebanyak RM218,505 bagi mengadakan forum berbentuk dakwah di beberapa tempat di Australia.

Bercakap dalam satu sidang media, Pengarah National Oversight and Whistle Blower (NOW), Akmal Nasir mempersoalkan perbelanjaan itu dan rasionalnya menghabiskan sejumlah wang yang besar di luar negara.
“Apakah rasionalnya YaPEIM menganjurkan program-program yang menggunakan belanja besar di luar negara dengan hanya menguntungkan sebilangan orang sahaja,” katanya.

Akmal maklumat mengenai perbelanjaan itu diperoleh dari invois yang didakwa telah dihantar oleh individu tanpa nama ke NOW.

Forum bertajuk “Menggalakkan Nilai-nilai Islam dalam Kebudayaan dan Agama: Masa Depan dan Cabaran” dikatakan diadakan di Brisbane, Melbourne dan Sydney pada 16 hingga 26 April tahun lepas.
Forum itu telah dihadiri 50 hingga 70 pelajar Malaysia yang menuntut di Australia.

Berdasarkan invois berkenaan, perbelanjaan bagi mengadakan forum itu telah dibiayai agensi di bawah YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Kanak-kanak Miskin (Pemangkin), Institut Penyelidikan dan Perundingan (Input YaPEIM) dan Ar Rahnu.

Akmal turut mendedahkan belanja terbesar adalah YaPEIM itu sendiri sebanyak RM106,840 dan Pemangkin sebanyak RM73,800.

Invois itu juga, katanya, menunjukkan perbelanjaan bagi tiket penerbangan kelas perniagaan dari Kuala Lumpur ke Sydney berjumlah RM70,000 telah ditanggung oleh YaPEIM sebanyak RM56,000 manakala Input pula sebanyak RM14,000.

“YaPEIM berasaskan sumbangan amal jariah bukan entiti perniagaan berasaskan keuntungan,” tegasnya.

Akmal turut mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa tujuan dia mendedahkan perkara itu kerana tanggungjawab terhadap wang yang didermakan kepada yayasan itu.

“Saya hanya pemberi maklumat dan isu-isu yang dibangkitkan adalah untuk kepentingan awam kerana lebih daripada setengah juta rakyat Malaysia menderma kepada YaPEIM setiap bulan.

“Ini adalah mengenai keadilan untuk orang-orang yang mendermakan wang mereka kepada YaPEIM,” katanya.

YaPEIM sebelum ini menuduh Akmal telah memutar belit maklumat yang diperoleh daripada dokumen yang dicuri dengan tujuan mahu mencemarkan reputasi yayasan itu.

Menurut Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, langkah yang dilakukan oleh Akmal itu telah menjejaskan keyakinan pelabur dan menghalang pertumbuhan perniagaan yang dihasilkan oleh YaPEIM yang ditubuhkan untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi umat Islam

Jamil Khir pula telah memfailkan saman terhadap Akmal pada Khamis kerana memfitnah dan cuba menjatuhkan reputasinya sebagai menteri.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.