Followers

Friday, November 20, 2015

Najib rai pemimpin ASEAN dengan lagu P Ramlee FMT Reporters


norliza_najib_600

Lagu-lagu P Ramlee yang dipilih oleh Najib itu mempunyai sentuhan peribadi dan keistimewaan tersendiri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih kompilasi lagu popular Allahyarham Tan Sri P.Ramlee untuk dijadikan halwa telinga pada Majlis Makan Malam Gala untuk meraikan pemimpin dan perwakilan ASEAN di ibu negara, Sabtu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli berkata, lagu-lagu berkenaan dipilih secara peribadi oleh Perdana Menteri kerana beliau amat mengagumi lagenda Malaysia itu.
“Perdana Menteri kita turut memberikan ‘sentuhan peribadi’ terhadap persembahan-persembahan untuk menjadikannya istimewa,” katanya yang dipetik dari Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, Najib yang akan menghoskan Majlis Makan Malam itu bersama-sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, mahukan persembahan yang dapat memperkukuhkan lagi hubungan 10 negara anggota ASEAN.

Sama seperti pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di Kuala Lumpur pada April, Norliza berkata Najib telah meminta supaya setiap persembahan mempunyai jalan cerita yang bukan sahaja menggambarkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi 2015, tetapi juga memaparkan perkumpulan serantau itu sebagai satu komuniti.

Beliau berkata, persembahan selama dua jam pada majlis makan malam itu akan membabitkan lima segmen iaitu daripada era P. Ramlee, kepada lagu dan tarian pelbagai kumpulan etnik di dalam negara, persembahan oleh negara anggota ASEAN dan segmen khas mengenai rakan dialognya menerusi kebudayaan dan muzik masing-masing.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.