sahol hamid |
Berikut petikan Malaysiakini:
Universiti
Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan bahawa VCnya Datuk Sahol Hamid
Abu Bakar telah menyalahgunakan kuasa dalam pemilihan calon biasiswa
Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan
biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.
Malah,
kata penasihat undang-undang universiti itu Prof Datuk Emeritus Shad
Saleem Faruqi, bukan sahaja siasatan dalaman UiTM telah membersihkan
Sahol Hamid (kiri) tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu juga
mendapati tiada bukti untuk mensabitkannya.
“Mereka
mewawancara beberapa pegawai UiTM dan memeriksa sistem pemilihan
biasiswa (universiti). Didapati tiada bukti salah guna kuasa. Tetapi
mereka buat beberapa cadangan untuk menambah baik sistem untuk
menjadikannya lebih telus,” kata Shad Saleem.
Pakar
perlembagaan itu turut memaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) juga ada menjalankan siasatannya sendiri. Shad Saleem bagaimanapun
tidak mendedahkan hasilnya.
sudah la tu, tak payah dah nak mengaibkan vc uitm tu lagi. tak da kes pun. surat tu bocor ikut hok mana? surat tu dalam simpanan misai tu kan? tak mustahil dia yg nak burukkan dato shahul ni hantar ke malaysiakini, pastu hantar lagi ke bloggers. misai dah bosan duduk rumah kot sb kontrak tak sambung la tu. hhhmmm...takda kerja lain. so bosan? dah la dah la misai. cukup la tu. sudah sudah...
ReplyDeleteWhat he did for not declaring his son and his daughter to the committee in my opinion was right. For those who doesnt know him personally, let me tell u all that our Vice Canselor has done a great job to give education to all Bumiputra students especially to the poor people from the rural area by introducing the Destini Anak Bangsa programme. What have you done?
ReplyDeleteprof sahol ni tak declare pun anak dia ada dlm senarai. bagi aku dah dikira baik, sbb anak dia apply ikut proper channel. lain la kalau prof sahol dah canang dua org tu anak dia. jadi pegawai bawahan mesti la serba salah kalau tak ambik dua2 anak dr sahol masuk dlm skim pensyarah muda. persoalannya samada dia layak ke tak, kalau layak dan ikut proper channel apa salahnya. takkan dua2 anak dr sahol jadi GRO baru malaysiakini nak puas hati. prof sahol pun tak terlibat dlm buat keputusan. kene declare tu part of procedure SOP pada yg tak buat kelutusan atau pun tak? atau hanya pada lembaga? wallahuaklam. ni lebih kpd kes nak jatuhkan karier prof sahol je ni.
ReplyDeleteAs a leader its almost impossible to please everyone. Jangan pula kata mereka yang support kaki bodek atau orang‘yes sir’ sahaja. Macam saya, saya mmg suka dgn kepimpinan Dato Sahol di uitm. Saya lihat banyak transformasi positif yang telah dilakukannya. Beliau ambil berat ttg warga uitm, dia bukan jenis yang cakap lain, buat lain, seperti apa yang satu golongan kecil kata. Org yang menentang tu maybe tak setuju dengan kepimpinan Dato Sahol. Itu adalah hak mereka. Tapi sesetengah golongan yang tak puas hati ni, kebencian mereka kerana tidak see ‘eye to eye’ dengan pemimpin menjadikan mereka ular berbisa dimana mereka mula membuat rancangan untuk menjatuhkan pemimpin hanya mungkin kerana perbezaan pendapat ttg satu perkara kecil yang mereka anggap besar, tak puas hati dengan keputusan yang dilakukan oleh pemimpin yang tidak menyebelahi mereka & etc. dalam isu nak jatuhkan vc uitm ni sebenarnya kes dalaman, masalah bermula bila perkara yang dilaksanakan tidak menyebelahi sesetengah pihak. contohnya bila tak disambung kontrak samada sebagai kakitangan, dekan, pengarah, ketua atau inginkan sesuatu pangkat dan jawatan tapi xdpt. Mereka ni marah, x sedar knp dirinya x disambung @ x dpt, so sb x puas hati mulalah meroyan, kutuk, nak sabo & etc. Tahu ke kuasa veto x ada pada vc uitm sepenuhnya, not this vc, but I don’t know abt the one before. Dalam hal dato sahol, beliau mempraktikkan kepimpinan bersama, sebab itu perihal menyambungkan kontrak atau memilih seseorang itu sebagai ketua dan etc, akan ada komitee yang membantu Dato Sahol dalam proses membuat keputusan. Dato Sahol hears facts and opinions from diff perspectives. If majority in the committee supports a certain decision even though it is against the vc’s decision, then the decision will according to majority. You see, the vc n mngt team is all 4 making uitm improve as an institution, that’s all. Those who don’t agree with some of the decision made by vc and komitee mula lah cakap vc ni merosakkan uitm lah, vc patut diganti dengan orang lain yang sehaluan dengan mereka la. Macam itu lah tabiat orang kita. Bila orang x setuju dengan kita, mula lah kita anggap org tu sbg org paling teruk sekali. Mulalah mengumpat, spread rumors, burukkan org tu sabo, tulis blog buruk, surat layang la. Jijik betul tabiat kita ni. Pernah juga sesetengah keputusan yang dibuat Dato Sahol n management team tidak memihak kepada saya dan beberapa warga uitm, tapi keputusan yang dibuat berpihak kepada majority warga uitm as a whole. Kita kena tengok dari sudut lain, dari sudut yang lebih besar, dan bukan hanya pentingkan diri sendiri. Saya bukan pembodek dan saya bukan’yes sir’ punya orang. Sebab bila saya bercakap positif ttg Dato Sahol, mula lah org yang anti dgn beliau cakap saya ni kaki bodek. Ni biasa, orang kita mmg perangai mcm tu. Sangat immature org kita kadang-kadang. Saya Nampak kepimpinan Dato Sahol macam mana. Dato Sahol dan management hanya mahukan the best untuk uitm yg banyak potensi ini. Jangan lah kita merosakkan rancangan mereka untuk menaikkan nama uitm. Cuba lihat achievement uitm setakat ini semenjak Dato Sahol menjadi vc, banyk. Berapa banyak orang dah beliau dan management bantu? Beribu-ribu. Kenapa kita tak Nampak semua ini? Semenjak Dato Sahol jadi vc, dah pun ada warga uitm yang sambung belajar ke Harvard. Ini adalah satu achievement yang besar. Banyak lagi kejayaan yang Dato Sahol lakukan untuk uitm dengan kerjasama warga uitm yang Nampak hala tuju bagus vc kita ni. Jika uitm naik, kita sama-sama akan untung. Jika kita tak puas hati sebab tak disambung jawatan, tak dinaikkan pangkat, tak dapat apa yang kita nak, Tanya diri dulu, kenapa? Everything in uitm ada black and white. Jika kita tak dapat naik pangkat, maybe sebab kita tak cukup syarat. Fikir kan lah!
ReplyDelete