Followers

Tuesday, October 13, 2015

TERKINI : PAS-PERKASA BERSATU.. FOTO HADI-IBRAHIM ALI BERPELUK ??



PAS hari ini mengumumkan parti Islam itu kini secara rasminya bekerjasama dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Perkara tersebut diumumkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selepas mereka bersetuju beberapa perkara termasuk mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Kedua-dua pihak itu juga sepakat menolak tangkapan terhadap bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Dalam kenyataan bersama itu Abdul Hadi berkata kedua-dua isu kritikal ini mempunyai kesan yang serius kepada rakyat Malaysia.



"Kami bimbang bahawa penggunaan Sosma dalam kes ini boleh dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa serta bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan. "Kami menggesa kerajaan untuk menjadi telus dan tidak berbohong mengenai isu TPPA kepada orang ramai," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Tujuh tokoh penting BN, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan sidang media bersama menolak penahanan itu.

Mereka mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) disalah guna terhadap pengkritik selepas Khairuddin membuat laporan di peringkat antarabangsa berkaitan dakwaan skandal 1MDB.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menjelaskan Khairuddin dan Matthias Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya bawah Sosma.

Sementara itu, ketika bergambar, Ibrahim turut memeluk Hadi dengan berkata mereka kini berkawan dan tidak cukup dengan berjabat tangan.

- mkini





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.