Followers

Tuesday, October 13, 2015

MEKANISME MENGEKALKAN KADAR TOL

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli's photo.
Menurut survey katanya melayu ni malas mmbaca...suka ambil ilmu dr kedai kopi je lepas tu sebarkan....jd lmelayu2 lembu dicucuk hidung...sesekali cuba bca dan phmkn
 
Rafizi Ramli

Hari ini saya cuba sekolahkan Najib Razak satu kaedah yang boleh sahaja dilaksanakan oleh BN tanpa kos kepada kerajaan untuk mengelakkan tol dinaikkan. ‪#‎hendakseribudaya‬ ‪#‎takhendakseribudalih‬ Baca dan sebarkan! 


Alasan yang selalu digunakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menaikkan kadar tol adalah kononnya kerajaan tidak lagi mampu menanggung pampasan yang tinggi kepada pemegang konsesi.
Sebelum ini pun, parti-parti Pakatan Harapan konsisten menegaskan bahawa perjanjian yang berat sebelah dengan pemegang konsesi perlu dirunding semula untuk mengelakkan pampasan yang melampaui batas. Pun begitu, selagi Pakatan Harapan tidak berkuasa di Putrajaya, langkah ini tidak dapat dijalankan.

Oleh yang demikian, satu lagi langkah inovatif dan praktikal yang boleh dilaksanakan segera ialah memberi hak kepada pemegang-pemegang konsesi terbabit untuk mendapat keutamaan terbabit di dalam projek-projek lebuhraya akan datang sebagai pertukaran untuk tidak menaikkan kadar tol.

Hak untuk mendapat keutamaan (sering dirujuk sebagai “first right of refusal”) adalah amalan biasa di dalam perjanjian komersil. Dengan cara ini, pemegang konsesi sedia ada tidak perlu bimbang tentang keuntungan yang berkurangan kerana mereka mempunyai potensi untuk terus terlibat di dalam projek lebuhraya kerajaan yang akan datang dengan syarat perjanjian akan datang ditetapkan secara adil mengikut kadar keuntungan munasabah.

Pakatan Harapan menyeru supaya Menteri Kerja Raya lebih kreatif dalam membela rakyat dan merundingkan semula dengan pemegang konsesi dengan tawaran “first right of refusal” dalam projek lebuhraya akan datang pada kadar keuntungan berpatutan sebagai pertukaran mengekalkan kadar tol sedia ada.


Untuk membaca sepenuhnya, lawati http://rafiziramli.com/…/kadar-tol-boleh-dikekalkan-harga-…/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.