Followers

Tuesday, October 13, 2015

SPRM Dedah Sedang Siasat Orang Paling Berkuasa Dalam Malaysia, Paling Besar Sejak 1967




12 Oktober - Bekas Timbalan Ketua Pesurujaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar hari ini mendedahkan SPRM sedang melakukan siasatan terhadap individu yang paling berkuasa di dalam negara ini.

Zakaria yang bersara secara rasmi hari ini berkata, siasatan SPRM merujuk kepada kes SRC International dan dana RM2.6 billion.

"Sepanjang saya berkhidmat di BPR dan SPRM, saya tidak pernah terfikir dan terlintas pada diri saya yang SPRM akan menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat seperti yang dilalui sekarang," katanya.
 
 
 
"Semua sedia maklum SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar sejak 1967. Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.

"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya memetik laporan dari Malaysia Insider.

Selain itu, Zakaria juga turut menyentuh tentang isu 7 pegawainya disiasat sebelum ini.

"Peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali," katanya.

Zakaria juga menyeru agar pegawai yang terlibat dalam penyiasatan agar menjalankan tanggungjawab tanpa gentar.

"Saya yakin pegawai yang terlibat dalam kes semasa, melibatkan personaliti tinggi dan mendapat perhatian antarabangsa, akan menjalankan tugas tanpa gentar.

"Berdasarkan kepada tradisi, siasatan tetap perlu dijalankan meskipun kita difahamkan ada saksi hilang, lari atau dilarikan," katanya.
 

  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.