Kelmarin PKR mengeluarkan kenyataan setelah mengadakan mesyuarat khas.
Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 11 Oktober 2015 meluluskan resolusi seperti berikut:
1. YB Presiden dan MPP untuk meneruskan usaha-usaha membina barisan
pembangkang yang kukuh dan bersatu; serta mencari penyelesaian kepada
krisis negara yang makin mendesak.
2. KEADILAN komited untuk memantapkan Pakatan
Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keanggotannya
akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan termasuk PAS, PSM,
dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
3. KEADILAN akan mengambil langkah-langkah menyediakan suasana kondusif
bagi perpaduan pergabungan politik yang luas. KEADILAN menyeru semua
parti agar menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain,
dan parti-parti sahabat juga harus menghormati perbedaan pandangan
masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.
4. KEADILAN akan meneruskan perhubungan dan
perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk
mendirikan kerjasama dua-hala di pelbagai peringkat jika perlu.
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
11 Oktober 2015
********************
Walaupun isi kandungan resolusi itu seolah-olah menunjukkan PKR mahu menjadi "abang besar" dalam Pakatan Harapan (perenggan 2 dan 4), parti yang paling muda, Amanah tetap "cool." Berikut kenyataan balas YB Khalid Samad:
KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH) BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN.
Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Pusat
Keadilan pada 11hb Oktober 2015 selepas sahaja selesai Mesyuarat Khas
mereka. Bersama ini dikeluarkan respons AMANAH terhadap kenyataan media
tersebut:-
1. AMANAH mengalu-alukan kenyataan media yang dikeluarkan pada 11hb
Oktober oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan. Ianya menunjukkan sikap
yang terus fokus terhadap usaha pembinaan gabungan pembangkang yang
kukuh dan bersatu demi menangani krisis ekonomi dan kepimpinan negara
yang semakin mendesak.
2. AMANAH mengucapkan tahniah kepada saff kepimpinan Parti Keadilan
Rakyat atas kemampuan mereka mencapai kata sepakat dalam suasana yang
digambarkan begitu mencabar sehingga ada yang meramalkan PKR boleh
berpecah dua. Ini adalah bukti akan kematangan dan kebijaksanaan saff
kepimpinan PKR, di bawah DS Wan Azizah selaku Presidennya, dalam
mengurus perbezaan pandangan.
3. AMANAH berpendirian bahawa pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh
adalah antara keutamaan ke arah penyelesaian krisis negara. Ini
berpaksikan keyakinan bahawa kerajaan BN perlu digantikan dan oleh itu
usaha ke arah menyatupadukan pembangkang tidak boleh dilengah-lengahkan.
Rakyat ingin melihat satu gabungan pembangkang yang mampu berkerjasama
dan sanggup mengenepikan perbezaan dalam usaha menyelesaikan krisis
negara yang semakin meruncing.
4. AMANAH mengalu-alukan pendirian PKR untuk
memantapkan Pakatan Harapan dan bersetuju untuk membuka keahlian Pakatan
Harapan kepada semua yang berminat untuk menyertainya.
Namun disiplin
dan kejujuran dalam berpakat perlu ditekankan supaya pihak lawan tidak
akan berjaya melaga-lagakan anggota Pakatan Harapan sepertimana mereka
telah berjaya terhadap Pakatan Rakyat.
Setiap anggota Pakatan Harapan
hendaklah kommitted kepada Pakatan Harapan dan jelas berhubung siapa
kawan dan siapa lawan.
5. Ke arah ini AMANAH mengesyorkan supaya
segera dibentuk Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya
persoalan dasar bersama dan kaedah pengurusan perbezaan pandangan dapat
ditetapkan untuk dipersetujui dan didukungi bersama.
Amalan
bermusyawwarah demi mencapai kata sepakat dalam menangani semua
persoalan tetap merupakan dasar yang perlu diamalkan.
Sekian terima kasih.
Khalid Bin Abd Samad,
Pengarah Komunikasi,
Parti Amanah Negara
12 Oktober 2015
Syabbas A
manah kerana enggan diheret ke dalam polemik yang boleh
menghancurkan Pakatan Harapan, hanya kerana karenah individu tertentu
dalam gabungan yang baru dibentuk itu.
Baca perenggan 4 dan 5. Itulah syarat Amanah dalam pembinaan kerangka baru Pakatan Harapan.
Mana-mana parti yang dipimpin oleh individu yang tidak memiliki
ciri-ciri tersebut, maka secara automatik parti tersebut tidak layak
berada dalam Pakatan Harapan.
Kejujuran dalam berpakat, mengenali siapa kawan dan siapa lawan,
pengurusan perbezaan pendapat, dasar bersama dan amalan musyawarah
adalah ciri-ciri yang jitu dalam pembentukan sebuah pakatan yang unggul.
Perlukah diperjelaskan lagi cicir-ciri itu?
Perlukah diperjelaskan lagi cicir-ciri itu?
********************
Kalau padi katakan padi,
Tidak kami tertampi-tampi;
Kalau jadi katakan jadi,
Tidak kami ternanti-nanti.
Tanah subur selalu gembur,
Ramai orang bersawah ladang;
Jika kita budayakan jujur,
Ramai orang bertambah sayang.
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.