Followers

Wednesday, August 15, 2012

Kuari Lanun Dilindungi ADUN? (Video)


 
Gempar, ADUN Lindungi Kuari Haram?

Benarkah ada Adun yang melindungi Kuari Haram disabah? khabarnya dengan campur tangan Adun ini kuari yang beberapa kali tidak diluluskan lesennya telah akhirnya dapat permit dipercayai dengan pertolongan adun berkenaan.

Kuari milik sebuah syarikat pembinaan besar di Lahad datu Sabah itu telah beroperasi lebih 25 tahun, khabarnya kerja-kerja yang dijalankan telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang sangat teruk.

Letupan batu juga dilakukan pada lewat malam dengan menggunakan bahan letupan yang kuat, tindakan ini menyebabkan penduduk kampung terganggu.

Jika benar ada salahguna kuasa dan rasuah dilakukan oleh Adun yang diperkatakan melalui pendedahan video dibawah, dimanakah SPRM?

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.