Followers

Monday, April 26, 2010

Kontroversi: Blogger Cucumatkilau Cabar Si Saiful Bukhari Buat Laporan Polis Dan Menyaman Pihak Yang Fitnah Serta Dedah Laporan Perubatannya !

KUANTAN, 26 April [5.30 pm] - Susulan tersebarnya dua laporan perubatan bahawa Saiful Bukhari tidak mempunyai tanda-tanda diliwat, maka blogger Cucumatkilau (foto) yang sering dikaitkan dengan Saiful baru-baru ini mencabar Saiful supaya membuat laporan polis dan seterusnya menyaman pihak terbabit.

Dua laporan berkenaan telah dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi dan juga Hospital Kuala Lumpur, dimana empat doktor yang mengatakan mereka merawat serta memeriksa Saiful mendapati tidak ada bukti klinikal anak muda itu diliwat oleh sesiapa.

Kes tersebut sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang ini. Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan juga telah membatalkan permohonan Anwar untuk memohon Pendakwa Syarie mendakwa Saiful atas kesalahan qazaf. Kes tersebut kini sedang dirayu oleh Anwar. Menurut Cucumtakilau "
Saya terpanggil untuk mencabar Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis dan juga menyaman pihak yang mendedahkan laporan perubatan beliau itu kepada umum.

Tambahan laporan perubatan itu adalah sulit dan menjadi satu kesalahan jenayah kepada pihak yang mendedahkannya. Malah, Saiful sendiri mengakui dia diliwat sedangkan dalam dua laporan perubatan oleh empat doktor terbabit mengatakan dia tidak diliwat"
katanya.


Laporan artikel akbar Sinar Harian 24 April tentang cabaran dibuat
"Ini bermakna pihak berkenaan menfitnah dan menjatuhkan maruah Saiful. Oleh itu beliau perlu menyaman doktor dan Pengarah hospital berkenaan, Kementerian Kesihatan dan seterusnya Kerajaan Malaysia sendiri. Bagi saya pendedahan itu jelas sekali mencemarkan nama baik Saiful. Malah sebelum ini saya dikaitkan dengan artikel panas di blog Pahang Daily Online tentang penyakit misteri beliau.

Malah beliau dengan bangganya membuat laporan polis dan mahu menyaman blog ini sebanyak RM2 juta. Sedangkan isu tentang penyakit bukanlah isu pokok yang boleh mengganggu keputusan mahkamah nanti. Isu pokoknya ialah sama ada dia diliwat atau tidak, makanya pendedahan laporan perubatan hospital itu adalah yang paling layak untuk menganggu kesnya di mahkamah. Soalnya sekarang, apakah Saiful bersedia untuk menyaman pihak berkenaan"
tambah Cucumatkilau lagi.

[Satu sidang media telah dilakukan oleh Cucumatkilau sebelum ini dan katanya beliau akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan terhadap pihak hospital terbabit kerana menjatuhkan nama dan maruah Saiful dengan pengedaran laporan perubatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Malah, tidak ada sebarang respon oleh Saiful baik peguamnya atas dua pendedahan laporan perubatan yang dibuat sebelum ini. Oleh itu, demi maruahnya beliau sepatutnya membuat tindakan tegas supaya isu laporan perubatan tersebut dapat diperbetulkan bagi mengesahkan dia memang diliwat. Laporan penuh, sila ke blog
Cucumatkilau]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.