PAS ingatkan AMANAH: Jaga urusan sendiri
PAS hari ini menasihatkan parti serpihannya, AMANAH supaya tidak mencampuri urusannya.
"Jaga urusan sendiri. Kamu jaga ahli parti kamu, kita jaga ahli kita.
"Jangan buat bising, kuatkan parti dulu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mahu penjelasan sama ada PAS bersama BN ataupun tidak.
Ini adalah susulan selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan BN, walaupun bukan dalam hal-hal politik.
"Tak perlu (Khalid) bimbang. Kita ada cara sendiri. Lebih baik bekerjasama dengan musuh daripada bekas rakan.
"Bekas rakan lebih mengetahui semua rahsia kita," kata Takiyuddin.
Beliau juga mengulangi bahawa PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan BN atau Umno.
"Kami tidak akan bekerjasama dengan BN pada pilihan raya umum akan datang. Itu sangat jelas," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.