Saya minta izin bincang hal 1MDB dalam bahasa paling mudah sebab takut ada lagi orang yang tak faham.
muhyiddin-yassin-mahathir-kadir-jasin
1. 1MDB diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Agency (TIA) dengan tujuan melabur hasil minyak negeri itu. Pada tahun 2009 ia ditukar jadi 1MDB.
Dalam pengumuman pada 22 Julai, 2009, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kata TIA diubah jadi 1MDB dengan tujuan perluaskan faedah kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan Terengganu saja.
Dengan itu, 1MDB jadi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di bawah kawalan lansung Perdana Menteri.
2. Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low jadi agen bebas (free agent) sejak zaman TIA lagi dan tambah berpengaruh bila TIA jadi 1MDB.
Dia anak kepada jutawan Cina Pulau Pinang, (Tan Sri) Larry Low Hock Peng.
Larry Low adalah antara pengasas dan peneraju syarikat Malaysia Weaving Printing Dyeing Factory Limited yang sekarang dikenali sebagai WME Holdings Berhad. Nenek Jho Low, (Datuk) Low Meng Tak lahir di Guangdong, China pada tahun 1922 dan bina kekayaan di China, Thailand dan Malaysia melalui perlombongan bijih besi, pengilangan arak dan kemudiannya hartanah.
KDL.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.