Followers

Saturday, November 8, 2014

Prof. Hassan Hasbullah Dituduh Plagiat Tesis Akademik ??



Kuala Lumpur – Seorang pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengaku membuat laporan polis berhubung ‘karya plagiat’ dalam tesis Phd yang sediakan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Beliau turut menjelaskan laporan polis yang dibuat itu setelah melakukan kajian dan yakin dengan dakwaan tersebut.

“Hasil kajian dan penyelidikan, saya yakin seratus peratus tesis yang dilakukan oleh beliau (Prof Abu Hassan) itu merupakan hasil ‘ciplak’ daripada karya orang lain.

“Atas sebab itu saya membuat laporan polis berhubung salah laku tersebut” pensyarah yang enggan mendedahkan identitinya itu ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya laporan polis itu dibuat pada 1 November lalu di Balai Polis Bachok, Kelantan.

Di dalam laporanya itu, beliau menjelaskan menemui bukti yang menunjukkan tesis Prof Dr Abu Hassan tidak sah untuk penilaian akademik kerana telah ‘diciplak’ dari sebuah buku yang ditulis olehViola Shafik bertajuk ‘Arab Cinema History And Cultural Identity’.

Menurutnya lagi Prof Dr Abu HAssan sebelum dilantik sebagai dekan di UMK, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya.

Portal SuaraTV sebelum ini mendedahkan mengenai salah laku yang dilakukan oleh seorang profesor dan penganalisis politik terkenal dari UMK yang berdepan dengan tuduhan plagiat ketika menyiapkan tesis kedoktoran di sebuah universti di luar negara.

Sehingga kini SuaraTV gagal menghubungi Prof Dr Abu Hassan bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini dan akan terus mencuba berhubung dengan beliau untuk pengesahan.

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.