Followers

Tuesday, October 20, 2015

Pemuda PKR gesa Najib terima cadangan hapus duti eksais dan AP kereta

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad desak Putrajaya mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol kerana peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat. – Gambar  fail  The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad desak Putrajaya mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol kerana peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat.
 
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad desak Putrajaya mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol kerana peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat. 
 
Pemuda PKR mendesak Putrajaya melaksanakan cadangannya sebelum ini bagi mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol jalan raya serta kenaikan kos sara hidup akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian ketika mengulas laporan The Malaysian Insider yang memetik pemain industri meramalkan harga kereta akan turut meningkat dalam jangka masa terdekat.

"Kerajaan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak harus mengaku saja dasar mereka gagal dan sepatutnya melaksanakan polisi kami bagi mengurangkan harga kereta.

"Kegagalan kerajaan BN melakukan perkara ini jelas membuktikan kepada pengundi gabungan mana yang lebih mementingkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKR pada awal tahun lalu mencadangkan Putrajaya menghapuskan duti eksais serta amalan permit mengimport kereta (AP) bagi menurunkan harga kereta.

Nik Nazmi berkata ramalan harga kereta akan meningkat naik, sebenarnya sudah mula menjadi realiti apabila Toyota dan Lexus sendiri mengumumkan harga kereta mereka meningkat antara 4% dan 16% kerana penyusutan nilai ringgit.

"Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) juga memberi amaran mereka mungkin terpaksa meningkatkan lagi harga kenderaan antara 25% sehingga 30%," katanya.

Beliau berkata, peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat kerana pengangkutan awam yang cekap belum wujud secara menyeluruh di seluruh negara.

"Sebuah kereta, pada masa ini merupakan satu keperluan bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terutama kerana pembangunan satu sistem pengangkutan awam yang komprehensif di seluruh negara masih tidak nampak bayang.

"Daripada melakukan perkara yang bermanfaat untuk seluruh rakyat, kerajaan ini sebaliknya membebankan lagi, terutama dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil ini, dengan meningkatkan kadar harga tol," katanya. – 20 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahas

Pemuda PKR gesa Najib terima cadangan hapus duti eksais dan AP kereta

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad desak Putrajaya mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol kerana peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat. – Gambar  fail  The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad desak Putrajaya mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol kerana peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.
Pemuda PKR mendesak Putrajaya melaksanakan cadangannya sebelum ini bagi mengurangkan harga kereta, susulan peningkatan kadar tol jalan raya serta kenaikan kos sara hidup akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian ketika mengulas laporan The Malaysian Insider yang memetik pemain industri meramalkan harga kereta akan turut meningkat dalam jangka masa terdekat.
"Kerajaan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak harus mengaku saja dasar mereka gagal dan sepatutnya melaksanakan polisi kami bagi mengurangkan harga kereta.

"Kegagalan kerajaan BN melakukan perkara ini jelas membuktikan kepada pengundi gabungan mana yang lebih mementingkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. PKR pada awal tahun lalu mencadangkan Putrajaya menghapuskan duti eksais serta amalan permit mengimport kereta (AP) bagi menurunkan harga kereta.
Nik Nazmi berkata ramalan harga kereta akan meningkat naik, sebenarnya sudah mula menjadi realiti apabila Toyota dan Lexus sendiri mengumumkan harga kereta mereka meningkat antara 4% dan 16% kerana penyusutan nilai ringgit.
"Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) juga memberi amaran mereka mungkin terpaksa meningkatkan lagi harga kenderaan antara 25% sehingga 30%," katanya.
Beliau berkata, peningkatan harga kereta akan membebankan rakyat kerana pengangkutan awam yang cekap belum wujud secara menyeluruh di seluruh negara.
"Sebuah kereta, pada masa ini merupakan satu keperluan bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terutama kerana pembangunan satu sistem pengangkutan awam yang komprehensif di seluruh negara masih tidak nampak bayang.
"Daripada melakukan perkara yang bermanfaat untuk seluruh rakyat, kerajaan ini sebaliknya membebankan lagi, terutama dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil ini, dengan meningkatkan kadar harga tol," katanya. – 20 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pkr-gesa-najib-terima-cadangan-hapus-duti-eksais-dan-ap-kereta#sthash.NVEGjqC1.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.