Followers

Tuesday, October 20, 2015

Najib tak hormat prinsip pemisahan kuasa, kata Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Razak secara jelas tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad terhalang. –

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Razak secara jelas tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad terhalang. –


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa di antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Pada masa ini, perdana menteri sebagai ketua penggubal undang-undang yang dipilih secara jelas tidak menghormati prinsip-prinsip ini," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya www.chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir merujuk kepada campur tangan Najib dalam siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membawa kepada pembubaran pasukan petugas khas yang bertanggungjawab ke atas siasatan syarikat tersebut.

"Contohnya pegawai pentadbiran yang sedang menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menyebabkan kerja siasatan terhenti. Penggantian mereka jelas dengan kelulusan perdana menteri.

"Pegawai-pegawai SPRM juga menghadapi situasi sama dan sekali lagi menyebabkan siasatan terhalang," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – 20 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.