Followers

Tuesday, October 20, 2015

Ahli Parlimen BN mahu kemasukan ‘vape’ dihentikan OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim gesa Putrajaya sekat sementara kemasukan rokok elektronik atau


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim gesa Putrajaya sekat sementara kemasukan rokok elektronik atau Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim gesa Putrajaya sekat sementara kemasukan rokok elektronik atau

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN) hari ini menggesa Putrajaya menghentikan sementara kemasukan rokok elektronik atau "vape" ke negara ini sehingga kajian menyeluruh berkenaan penggunaan alat itu dijalankan.

Berucap pada perbahasan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat hari ini, Irmohizam berkata berdasarkan maklumat yang diperolehnya, hampir semua negara Eropah cuba menghalang kemasukan vape ke negara mereka.

"Hampir semua negara di Eropah cuba menghalang vape memasuki negara mereka, seperti yang dilaporkan Consumer Advocates for Smoke-Free Alternatives Association sehingga April 2013.

"Kerajaan Venezuela juga memberi amaran untuk mendenda sehingga AS$8,400 kepada sesiapa yang mengedar atau menjual rokok elektronik tanpa mendapatkan permit yang sah," katanya.

Beliau berkata, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan vape tidak bahaya seperti rokok tradisional, namun kandungan nikotin yang terdapat dalam vape tidak boleh dipertikaikan sama sekali.

"Racun adalah racun dan sekiranya vape ini menjadi ‘trend’ dikhuatiri imej belia tercalar akibat menghisap vape di khalayak ramai.

"Apa yang cuba saya sampaikan, biarpun kandungan nikotin di dalam vape sedikit, gaya menghisap rokok tetap sama," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar Putrajaya meneliti perkara itu dengan mendalam.

"Saya mohon agar kerajaan meneliti semua alat menghisap rokok elektronik serta menghentikan sementara kemasukan vape ke Malaysia.

"Kajian demi kajian harus dilakukan terutamanya terhadap kandungan yang kini mudah didapati," katanya.

Katanya, penggunaan vape ini juga mula menular dalam kalangan kanak-kanak bawah umur dan pelajar sekolah.

"Bayangkan jika kanak-kanak sekolah juga turut serta menghisap vape ini dan lagaknya seperti menghisap rokok, saya pasti kita tidak ingin melihat pelajar sekolah menunjukkan lagak samseng.

"Sedangkan hakikatnya rokok elektronik ini bertujuan meredakan ketagihan merokok bagi mereka yang ingin berhenti merokok," katanya. – 20 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Ahli Parlimen BN mahu kemasukan ‘vape’ dihentikan

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim gesa Putrajaya sekat sementara kemasukan rokok elektronik atau Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim gesa Putrajaya sekat sementara kemasukan rokok elektronik atau
Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN) hari ini menggesa Putrajaya menghentikan sementara kemasukan rokok elektronik atau "vape" ke negara ini sehingga kajian menyeluruh berkenaan penggunaan alat itu dijalankan. Berucap pada perbahasan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat hari ini, Irmohizam berkata berdasarkan maklumat yang diperolehnya, hampir semua negara Eropah cuba menghalang kemasukan vape ke negara mereka.
"Hampir semua negara di Eropah cuba menghalang vape memasuki negara mereka, seperti yang dilaporkan Consumer Advocates for Smoke-Free Alternatives Association sehingga April 2013.

"Kerajaan Venezuela juga memberi amaran untuk mendenda sehingga AS$8,400 kepada sesiapa yang mengedar atau menjual rokok elektronik tanpa mendapatkan permit yang sah," katanya. Beliau berkata, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan vape tidak bahaya seperti rokok tradisional, namun kandungan nikotin yang terdapat dalam vape tidak boleh dipertikaikan sama sekali.
"Racun adalah racun dan sekiranya vape ini menjadi ‘trend’ dikhuatiri imej belia tercalar akibat menghisap vape di khalayak ramai.
"Apa yang cuba saya sampaikan, biarpun kandungan nikotin di dalam vape sedikit, gaya menghisap rokok tetap sama," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar Putrajaya meneliti perkara itu dengan mendalam.
"Saya mohon agar kerajaan meneliti semua alat menghisap rokok elektronik serta menghentikan sementara kemasukan vape ke Malaysia.
"Kajian demi kajian harus dilakukan terutamanya terhadap kandungan yang kini mudah didapati," katanya.
Katanya, penggunaan vape ini juga mula menular dalam kalangan kanak-kanak bawah umur dan pelajar sekolah.
"Bayangkan jika kanak-kanak sekolah juga turut serta menghisap vape ini dan lagaknya seperti menghisap rokok, saya pasti kita tidak ingin melihat pelajar sekolah menunjukkan lagak samseng.
"Sedangkan hakikatnya rokok elektronik ini bertujuan meredakan ketagihan merokok bagi mereka yang ingin berhenti merokok," katanya. – 20 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-parlimen-bn-mahu-kemasukan-vape-dihentikan#sthash.uuHlR0wg.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.