Followers

Friday, October 9, 2015

Mattias Chang Ikut Jejak Dato Khairuddin Ditahan Di Bawah SOSMA



Matthias yang juga merupakan Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu ditahan selama 24 jam untuk disiasat di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan. - Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Peguam kepada Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 di Balai Polis Dang Wangi.

Matthias ditahan sekitar pukul 2.30 petang selepas melawat Khairuddin di balai polis itu yang juga ditahan di bawah akta sama.

Perkara itu disahkan peguam, Mohd Akmal Afiq, yang bersama Matthias ketika beliau ditahan.

Menurut Akmal, Matthias yang juga merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu ditahan selama 24 jam untuk disiasat di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan.

"Pada 2 petang tadi di Balai Polis Dang Wangi, Matthias dan saya berjumpa dengan Datuk Khairuddin untuk mendapatkan arahan lanjut daripada beliau berhubung persiapan kes kami."

"Hampir setengah jam setelah selesai kami keluar dari bilik perjumpaan tersebut dan Matthias dimaklumkan ASP Muniandi bahawa beliau sekarang ditahan di bawah SOSMA dan disiasat di bawah seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

- astroawani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.