Followers

Thursday, October 22, 2015

Ku Li: MP BN berhak tolak bajet jika mahu singkir PM


Ku Li: MP BN berhak tolak bajet jika mahu singkir PMAhli Parlimen BN berhak mengundi menolak Bajet 2016 jika mereka berpendirian ia perlu untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah. 

"Pada kebiasaannya, saya tidak fikir mereka akan mengundi menolak bajet.

"Tetapi berdasarkan isu-isu substantif dan jika mereka berfikiran perlu bagi menentang perdana menteri tetapi bukan bajet, maka mereka berhak melakukannya," katanya kepada pemberita di luar Parlimen hari ini. 

Ahli Parlimen Gua Musang yang mesra dengan panggilan Ku Li berkata demikian ketika ditanya cadangan pembangkang supaya penyokong BN menolak Najib dengan mengundi tidak menyokong bajet.

Speaker Pandikar Amin Mulia juga mencadangkan perkara yang sama daripada mengusulkan pembentangan undi tidak percaya.Ditanya mengenai pendirian peribadinya, Tengku Razaleigh berkata, beliau akan berfikiran terbuka."Dengar dulu, apa kata mereka. 

Kita datang ke Parlimen dengan fikiran terbuka dan lihat hujah yang mahu mereka bentangkan," katanya.Najib dijadual membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat esok.-Mkini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.